Ramai daripada selebriti tanah air memanfaatkan cuti hujung tahun dengan membawa keluarga dan anak-anak bercuti sama ada di dalam atau luar negara.

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga tidak terkecuali apabila kini sedang menghabiskan masa cuti di Eropah bersama dua anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina.

Jika sebelum ini percutian mereka sekeluarga turut diiringi pembantu yang dikenali sebagai Joy, kali ini pasangan ini menggendalikan sendiri anak-anak mereka sepanjang percutian tersebut.

Berkongsikan luahan di laman Instagram miliknya, Awal atau nama sebenar, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, menjelaskan mereka uruskan sendiri anak-anak yang secara langsung mengajarnya tentang kesabaran selain menjadikan hubungan mereka lebih erat.

“Being away without Nanny banyak mengajar Awal tentang kesabaran dan mendekatkan saya dengan anak anak. Baru tau peel anak anak kita, macam mana nak jaga mood diorang, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, to put them first before our own needs.

“Kalau ikutkan banyak tempat nak explore, banyak restoran nak try banyak kawan kawan nak jumpa and nak keluar malam, but we cant do it on this trip. Pukul 5pm je semua dah letih and ngantuk nak balik rumah rehat.

IKLAN

“But we are not complaining, in fact i feel closer to them like never before (tapi kami tidak merungut, sebaliknya saya rasa lebih rapat dengan mereka daripada sebelum-sebelum ini),” tulis Awal di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Malah, Awal turut menambah, selain membawa stroller ke mana-mana, dia juga selalu menggendong anak keduanya, Lila.

“We choose to have both stroller and carrier sebab some place susah nak guna strollers dan Lila cepat bosan kalau duduk lama lama dalam stroller.

IKLAN

“So bila carry Awal boleh borak dan nyanyi dengan dia, walaupun dekat pinggang Tuhan je tahu macam mana jalan jauh bawak anak 17kg berjam jam,” tulis Awal lagi.

Artikel Berkaitan;

“Sejujurnya Tak Terfikir Pun…,” – Aiskrim ‘Nasi Lemak’ Awal Ashaari & Scha Alyahya, Idea Hebat & Kreatif!

“Lepas Recording Semalam Saya Terdiam, Lama Fikir…,” – 8 Tahun & 6 Hos Bersama Silih Berganti, Awal Ashaari ‘Signing Off Melodi’

IKLAN

“He’s Turning 82 Next Month, Hadiah Hari Jadi Paling Best Dari Kerajaan,”- Bapa Selesai Vaksin Dos Kedua, Awal Ashaari Minta Usah Ragu

Untuk info, Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan Lara Alana, 8, dan Lila Amina yang akan mencecah usia dua tahun pada Februari nanti.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Awal Ashaari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI