Kalau dilihat sekarang ini ada beberapa drama di TV yang menggandingkan hero dan heroin yang masih bujang dan mereka pasti akan dikatakan sedang bercinta walaupun di luar set penggambaran oleh netizen. Ada juga yang mengatakan ianya adalah strategi untuk melariskan drama tersebut.

Kini drama Mencintaimu Mr.Photographer pula semakin mendapat perhatian dan sambutan daripada penonton yang menggandingkan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha dan seperti semua sedia maklum kedua-dua pelakon ini masih lagi bujang.

Bercinta Hero-Heroin, Tak Bantu Naikkan Rating Pun…

Ditanya kepada hero drama ini apakah pendapatnya tentang strategi atau formula cinta lokasi untuk melariskan sesebuah drama.

IKLAN

Syafiq menjawab jika cinta lokasi itu dibuat untuk melariskan drama ianya adalah sangat ‘lame’.

“Kalau formula bercinta tu terjadi sebab hati dan perasaan yang tak dapat dibendung dan dah jodoh it’s ok.

 

“Tapi kalau untuk tangkap hati peminat, saya rasa formula itu ‘lame’ untuk kita bercinta dengan partner kita,”

Bagi Syafiq, di zaman moden ini banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk melariskan sesebuah drama.

Bercinta Hero-Heroin, Tak Bantu Naikkan Rating Pun…

IKLAN

“Mungkin zaman sekarang ni kita boleh buat cerita pendek tentang friendship antara hero dan heroin seperti apa yang mereka bincangkan dan itu lebih penting selain daripada menjaja cerita cinta tetapi drama yang sebenarnya hendak disiarkan tidak sehebat drama di luar.

 

“Sepatutnya drama yang kita lakonkan lebih hebat daripada drama di luar dan untuk saya pula, saya tidak menggunakan formula cinta lokasi ini.

 

“Tapi saya tidak menidakkan jika perasaan cinta itu timbul, sebab cinta dan hati ni kita tak dapat nak agak,” jelas Syafiq.

Menurut Syafiq formula yang digunakan untuk melariskan drama yang dilakonkan adalah dengan mendalami watak yang dibawa dan dapat memberikan kesan kepada peminat.

Bercinta Hero-Heroin, Tak Bantu Naikkan Rating Pun…

IKLAN

Katanya formula sedemikian yang membuatkan dia gembira apabila dia dapat memberikan yang terbaik dalam lakonannya.

Pelakon lelaki ini juga berkata untuk menaikkan rating sesebuah drama, lakonan adalah yang paling penting.

“Salah satu cara adalah, lakonan mesti ‘A’ dan membuatkan orang yang menonton tidak berganjak daripada kaca TV untuk menyaksikan lakonan kita dan itu adalah strategi yang lebih bagus untuk menaikkan rating sesebuah drama.

 

“Bagi saya cerita cinta antara hero dan heroin tak banyak membantu pun untuk menaikkan rating dan sepanjang saya berlakon bercinta antara hero dan heroin tidak menjadi faktor utama untuk saya menaikkan rating,” jelasnya jujur.

Syafiq mengulas lagi tentang ini, dia mengatakan apa pun ianya terpulang kepada masing-masing bagaimana mereka hendak menaikkan rating dan dia hormat dengan cara setiap individu dalam menaikkan drama yang dilakonkan oleh mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI