Penyampai radio, Rea berkongsi khabar duka apabila memaklumkan diri serta seluruh ahli keluarganya telah pun didapati positif Covid-19.

Menurut Rea atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad, ujian ini amat berat bagi dirinya terutama untuk melihat anak kecilnya turut sama dijangkiti wabak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rea Kool FM (@rea_koolfm)

“Salam semua, berita yang amat mendukacitakan buat kami sekeluarga.

Rea, Faeez dan baby Dhia tested positive Covid 19.

“Berat ujian ini untuk kami terima kerana anak kami masih kecil dan tak tahu apa-apa. Ya Allah besar sungguh dugaanMu ya Allah. Kami terima ya Allah. Allah uji tandanya Allah sayang,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Rea menjelaskan segalanya bermula selepas suaminya yang juga merupakan pemain drum kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan ada melakukan kontak rapat bersama rakannya yang telah dilaporkan positif wabak yang sama.

IKLAN

“Kepada semua yang terbaca post ini, saya mengharapkan doa anda semua untuk kesihatan kami bertiga kembali pulih seperti sedia kala. Semoga wabak ini terhapus bukan saja kepada kami malah kepada seluruh umat diatas muka bumi ini. Amin Ya Allah.

“Kepada yang bertanya, Faeez ada close contact dengan kawan yang positif. Sabtu lepas dia bergejala batuk dan demam. Ahad dan Isnin Dhia demam dan Rea mula bergejala hari Isnin,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, penyampai radio Kool FM ini turut memberi tahu, dia sekeluarga sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

“So far kami dah makan ubat and consume vitamins, all of us are in good condition except Faeez masih batuk2. Kami semua kuarantin dirumah dan masih menunggu panggilan daripada KKM.

“Stay safe semua. Please wear mask all the time bila keluar because you takkan tahu if orang yang you jumpa ada close contact dgn yang positif Covid 19. Please take care everyone. Doakan kami sekeluarga,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut bersimpati dengan perkhabaran tersebut selain turut mendoakan semoga Rea sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

IKLAN

“Berat Ujian Ini, Anak Kami Masih Kecil,” – Penyampai Radio, Rea Kool FM Positif Covid-19, Suami & Anak Turut Dijangkiti “Berat Ujian Ini, Anak Kami Masih Kecil,” – Penyampai Radio, Rea Kool FM Positif Covid-19, Suami & Anak Turut Dijangkiti

Terdahulu, Rea dan Faeez telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 November 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 13 Julai 2020 yang lalu.

Sumber: Instagram Rea Kool FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI