Bakal melahirkan cahaya mata ketiga tidak lama lagi, pelakon Zizie Izette ada memuat naik foto terbaru menerusi Instagram.
Kongsi kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini, Zizie memaklumkan berat badannya sudah mencecah sehingga 88.4 kilogram dan pada ketika ini, dia akan menjamah apa sahaja makanan, memandangkan rutin pemakanannya akan dipantau ketika proses berpantang.
Ads
“Counting days to give birth. Berat dah naik 88.4kg!! I will eat all I want now, nanti musim berpantang dah kena jaga & dipantau,” kongsi Zizie yang turut membayangkan dirinya akan berkongsi sepanjang proses perkembangannya bersama pengikut media sosial.
“Wish me luck, yakin boleh,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Ads
Sementara itu, Zizie dah suami turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aarc Zayn Izette.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui suaiminya, Ijoy yang ‘selesa’ andai isterinya itu berada dalam keadaan yang tidak berapa bersiap saat keluar rumah.
Malah, bintang ini turut mendedahkan, suaminya akan rasa cemburu kalau keluar bekerja dalam keadaan lawa.
“Sapa nak bini cenghini? Laki aku lega bini cenggini. Kalau aku lawa… 10kali talipon susah nak kerja. Ada je dia cakap macam2.
“Kang laki tu kacau laa tu kacau laa…haa sekarang aman. Balik lambat pun ok dah. Dia ckp kluar buruk…balik umoh cantik macam JLO,” kongsinya.
Malah, Shiera turut menitipkan pesan atau kata buat suami diakhir coretan.
“Kat IG pun kena buruk.. P/s: kalau dia cari pompuan lain tak marah sbb kita buruk..kalau kita cantik mcm miss universe ada pompuan lain lagi sedih.
“TAPI Nak lagi sedih kalau tau dia ada laki lain..lalalalala,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai netizen malah kebanyakannya sedia tahu kakak kepada Sharifah Sakinah ini memang sering berceloteh dan memberikan kapsyen humor menerusi media sosial.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman baru sahaja memuat naik entri menerusi Instagram, berhubung suatu artikel yang telah disiarkan menerusi sebuah portal.
Kata Amira dia meminta peminat supaya membaca isi kandugan artikel berkenaan terlebih dahulu.
“Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut.
“Kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadir sebelum sy share dgn awk semu,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi Indah ini juga menambah dia berkongsi perkara tersebut bukan kerana dirinya mahu dilihat baik, sebaliknya hanya ingin berkongsi kepada mereka di luar sana untuk sama-sama menjadi lebih baik.
“Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.
“Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu.
“Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau,” akhirinya.
Dikecam teruk kerana dikatakan menunjuk-nunjuk, dia menyatakan segala yang dimiliki adalah hasil usaha keras selama ini.
“Sebab ada yang ambil video2 ig stori aku dan letak dekat platform lain. So aku abadikan sajalah video itu di sini. Haha.
“Sedap korang mengata aku ye. Tapi tak apa, dari zaman blog lagi aku dah lali kena kecam. Wahaha,” tulisnya.
Mengakui bukan dilahirkan daripada keluarga berada, namun ibu kepada seorang anak ini berusaha untuk berjaya.
“Aku admit aku memang bukan anak orang senang, tapi aku ada impian untuk hidup senang dan aku berusaha untuk ke arah itu.
“Bila kita usaha keras atas kaki kita sendiri, of course kita rasa excited bila kita dapat reward diri kita dengan benda yang kita tak pernah rasa kita akan dapat beli pon dengan duit sendiri,” tambahnya lagi.
Lebih melucukan, seluar dalam berharga RM4050 yang ingin dibeli suaminya, turut menjadi bahan kutukan netizen.
Walau bagaimanapun, netizen yang mengikuti perkembangan Cik Epal sejak dari zaman blogger dahulu mempertahankan tindakannya dan mengakui terinspirasi dengan kejayaan wanita ini.
Foto – Instagram Cik Epal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!