Sekeping klip video menunjukkan supermodel, Bella Hadid berjalan di pentas runway untuk pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di samping sebuah lagu yang cukup ‘mesra’ pada halwa telinga.
Lagu Lullabies dendangan Yuna menjadi pilihan pereka fesyen terkenal untuk mengiringi setiap langkah supermodel.
Yuna di laman Instagram menulis kapsyen “Megababe @bellahadid & grand finale @oscardelarenta #yunalullabies.”
Netizen dilihat cukup teruja melihat artis kesayangan mereka mendapat pengiktirafan luar biasa. Malah mengatakan Lullabies adalah lagu magical ciptaan penyanyi Yang Sebenarnya ini.
Antara selebriti Hollywood yang sering menggayakan Oscar de la Renta seperti Alicia Keys, supermodel Karolina Kurkova, Emily Blunt dan Duchess of Sussex, Meghan Markle.
Foto – Instagram Yuna & Oscar de la Renta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro atau lebih gemar dikenali sebagai Ajak sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak lagi mahu menjadi penyampai radio di Hot FM pada pertengahan Januari yang lalu.
Terbaru Ajak telah memuat naik beberapa keeping gambar dan video di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi moment hari terakhir berada di konti radio.
“Sahabat tu beza dengan kawan, dan mereka ini sahabat Baba.. Last day Baba dengan GPH…Terus support diorang ye guys. @shuk_hotfm @fizie_hotfm .#gengpagihot #salamdarikonti #lastday#sayaajakdansayatidaksombong”tulisnya.
Malah Ajak juga turut meluahkan rasa berterima kasih kepada rakan penyampai radio yang lain seperti Syuk dan Fizie kerana sentiasa membantu dan menyokong Ajak sepanjang bergelar sebagai rakan penyampai radio.
Pelakon sensasi, Emma Maembong ada berkongsi mengenai salon yang mewarnakan rambutnya di Instagram. Menerusi posting terkini yang dimuat naik bintang itu, Emma antara lain turut berkongsi coretannya.
“Letting go Doesn’t mean giving up, but rather accepting that there are things that cannot be.
“Btw ramai tanya my hair color, emma color rambut di saloon @the_hair_tric_and_lashility, cuba la,” tulisnya di ruangan kapsyen sedutan video terbabit.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Bagaimanapun, pengguna media sosial tidak dapat memberikan sebarang komen terhadap posting tersebut kerana akses komen telah disekat aktres berkenaan.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail mencetuskan reaksi pelbagai netizen apabila mengambil keputusan berani untuk membuka hijabnya, awal Februari lalu.