Berita

Berat Anzalna Turun Mendadak 6kg Dalam Seminggu, Tapi Bukan Diet! Tuan Badan Perjelas – “Automatically Turun Balik ke 45Kg.”

Share

Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir meluahkan rasa teruja apabila berat badannya turun sebanyak enam kilogram (Kg) hanya dalam tempoh seminggu, sekali gus kembali kepada berat ideal yang diinginkannya.

Menurut Anzalna, sebelum ini dia sering berkongsi mengenai peningkatan berat badannya yang pernah cecah 51Kg.

Bagaimanapun, pelakon drama Dendam Aurora itu menjelaskan penurunan berat badan yang dialaminya bukan berpunca daripada usaha berdiet.

Sebaliknya disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik sehingga menyebabkan dia hilang selera makan.

“Guess what? I berjaya turunkan berat badan dalam masa seminggu.

“Hari tu asyik cakap dekat orang yang berat I tiba-tiba naik sampai 51Kg.

“Itu dah kira berat masa pregnant dah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Anzalna Mahu Kembali Jaga Kesihatan

Dalam hantaran sama, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu memaklumkan dia kini mahu kembali memberi fokus terhadap penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang.

Jelasnya lagi, dia sebenarnya baru merancang untuk memulakan diet, namun keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan selera makannya hilang, sekali gus menyumbang kepada penurunan berat badan secara mendadak.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/sombong-bukan-isu-artis-semata-mata-anzalna-nasir-bersuara-tegur-sikap-angkuh-tanpa-mengira-status/

https://www.mediahiburan.my/eidrees-kalau-bagi-duit-sekolah-rm50-sehari-boleh-habis-sebab-anzalna-kagum-sifat-pemurah-anak/

“Baru je terfikir nak start diet, sekali seminggu tak sihat terus, hilang selera makan. Bukan diet tau!

“Last-last automatically turun balik ke 45Kg. Anyway, its time to get back on track, stay healthy and shine. Insya-Allah,” kongsinya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza