Beberapa bulan yang lalu, jika anda masih ingat tentang seorang pelakon lelaki, Benjy atau nama sebenarnya Khaerryl Benjamin Ibrahim telah ditahan oleh pihak berkuasa negara jiran Indonesia kerana cuba menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke negara itu.

Terbaru, difahamkan Benjy berkemungkinan akan dihukum penjara selama 14 tahun atas kesalahannya menyeludup dadah.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan daripada Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu telah memohon hukuman penjara 14 tahun itu dijatuhkan ke atas Benjy kerana telah melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara tersebut.

IKLAN

Benjy Mungkin Bakal Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Tahun

Dalam pada itu, Wahyu Prasetyo Wibowo selaku Ketua Hakim Mahkamah Daerah Medan memberitahu bahawa tempoh selama seminggu akan diberikan kepada Benjy untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.

IKLAN

“Adakah anda akan membuat pembelaan diri?.

 

“Diberi waktu satu minggu, anda siapkan ya secara tertulis. Anda siapkan?” ujarnya lagi.

Selepas soalan diajukan kepada Benjy, dia menjawab dengan menganggukkan kepala tanda faham dan selepas itu hakim telah menutup sidang mahkamah.

IKLAN

Terdahulu, Benjy cuba menyeludup dadah jenis syabu tersebut dengan menyembunyikannya pada bahagian dubur dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan pada 18 April yang lalu.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI