Pelakon dan pelawak, Chiwan Chilok kini amat mengharapkan keajaiban selepas ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan berikutan masalah jangkitan di bahagian paru-paru.

Menurut Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, ibunya juga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana kerana keadaannya ketika ini sangat lemah.

“Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok)

“Benda yang paling saya takut akhirnya berlaku. Mak ditidurkan sebab mak tak tahan sakit. Sekarang tengah guna bantuan penafasan.

“Mak lawan ye mak. Abang tau mak kuat,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Kompas Cinta itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan “Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan

Pada masa sama, Chiwan turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa semoga ibunya itu dapat kembali pulih seperti biasa.

“Saya nak minta jasa baik anda semua untuk doakan mak supaya cepat sembuh.

“Keadaan mak kritikal sekarang sebab jangkitan paru-paru,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Chiwan.

“Allahuakbar, semoga mak kamu lekas sembuh.

“Semoga segala urusan dipermudahkan. Banyakkan berdoa.

“InsyaAllah semoga semuanya baik-baik je Chiwan.

IKLAN

“Allah chiwan, I pray for you and fam bro. I pray each day gets better and your mom gets stronger.

“Sabar yer @chiwan_chilok. Doa jangan putus. Semoga Cik Yah kuat dan terus berjuang,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan “Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan “Benda Yang Paling Saya Takut Berlaku…,” – Ibu Kritikal & Ditidurkan, Chiwan Chilok Doa Kesembuhan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Chiwan Chilok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI