MH pasti ramai yang sedia maklum tentang isu putus tunang antara pelakon cantik, Elfira Loy dan penyanyi popular, Sufian Suhaimi.

Berita ini nampaknya menjadi bualan hangat kepada netizen sehingga pelbagai spekulasi dibuat.

Menerusi sumber BH Online, bapa kepada Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata dia mahu Sufian untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu putus tunang ini.

Ads

Katanya, dia mendapati Sufian masih lagi kerap mengulas tentang isu tersebut sedangkan kedua-dua keluarga sudah sepakat untuk tidak memanjangkan lagi perkara ini.

Ads

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

 

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

 

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu?

 

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, bapa Elfira juga turut berkata dia faham akan tugas wartawan untuk mendapatkan kenyataan dan bahan berita namun dia berkata, Sufian boleh mengelak daripada menjawab dengan berkata ‘tidak’ dan jangan memberi sebarang komen lagi.

Ads

Menurut Ahmad Sabri lagi, dia tertanya-tanya adakah ini merupakan stratergi Sufian untuk mempromosikan lagu terbarunya.

“Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

 

“Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI