Hantaran terkini yang dimuat naik pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila dia berkongsi momen istimewa teman rapatnya yang dikenali sebagai Maiya kini memeluk Islam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben yang baru sahaja muncul dengan filem Legasi: Bomba The Movie pada Ogos lalu, turut menitipkan dedikasi buat wanita asal Filipina itu.
“Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah anda tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawa anda lebih dekat kepada kedamaian, tujuan, dan diri yang sebenar,” tulisnya.
Detik penuh bermakna itu berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur dengan dihadiri insan terdekat.
Sepayung Borneo Sunset Vibes Music Festival 2025 melabuhkan tirai dengan kejayaan luar biasa, sekali gus mencipta detik bersejarah dalam landskap budaya dan kreatif Malaysia.
Berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober lalu di JAMPJ, Petaling Jaya, festival selama tiga hari itu telah dilihat berjaya mengubah lokasi tersebut menjadi pusat gemilang yang sarat dengan muzik, seni, budaya dan penyatuan di bawah tema “One Rhythm, One Soul, One Borneo.”
Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) dengan kerjasama Breaking Music Sdn. Bhd, serta mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Malah ia turut menjadi platform nasional untuk mengetengahkan keunggulan seni Sabah dan Sarawak, memperkasa bakat tempatan, serta mengukuhkan jambatan budaya antara Malaysia Timur dan Barat melalui seni dan kreativiti.
Sepayung Borneo Sunset Vibes Music Festival 2025 membuktikan kekuatan budaya sebagai penyatu masyarakat.
Selain hiburan, festival ini memainkan peranan penting memacu industri pelancongan dan kreatif negara.
Daripada alunan memukau sape’ hingga rentak moden muzik pop dan indie Malaysia, festival ini menghadirkan persembahan menakjubkan yang merangkul kepelbagaian bakat tempatan, inovasi anak muda dan kreativiti tanpa batas.
Dengan kehadiran peserta dan delegasi dari seluruh ASEAN, acara ini menjadi pusat pertukaran budaya dan kerjasama antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang semakin meningkat di rantau ini.
Festival ini turut merangsang aktiviti ekonomi, menyokong peniaga tempatan, perusahaan kecil, artisan, dan usahawan muda yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam ucapan penutupnya, Jawed Khan, selaku pengerusi penganjur menzahirkan penghargaan kepada kerajaan, MOTAC, para penaja dan rakan industri kreatif atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Sepayung Borneo ialah gerakan kesatuan, kreativiti dan kebanggaan. Kita telah membuktikan bahawa bakat Malaysia mampu berdiri di mana sahaja pentas global.
“Juga, budaya kita tetap menjadi kekuatan terbesar. Ini hanyalah permulaan kepada bab kreatif baharu untuk negara kita,” katanya.
Perancangan untuk Sepayung Borneo 2026 telah pun dimulakan, dengan matlamat memperluas penganjuran festival melalui kerjasama antarabangsa, persidangan industri kreatif, dan pameran pelancongan dalam usaha meneguhkan peranan Malaysia sebagai nadi budaya ASEAN.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas usaha menyerahkan afidavit tuntutan hutang nafkah tiga anaknya kepada bekas suami, Adzmin Osman gagal, pengacara Raja Azura mengambil langkah untuk menyiarkan iklan pencarian di akhbar.
Menurut Raja Azura, mahkamah sudah mengeluarkan perintah kepada bekas suaminya itu untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 Disember ini.
“Peguam saya memaklumkan, mahkahmah sudah pun mengeluarkan perintah kepada pihak respondan iaitu bekas suami saya untuk hadir ke mahkamah pada 3 Disember ini.
“Ini kerana penyerahan afidavit pertama saya tidak mendapat respon daripada bekas suami. Kemudian saya teruskan dengan prosedur penyampaian ganti.
“Mahkamah meminta saya supaya membeli ruangan iklan di akhbar untuk mencari Adzmin Osman agar dia sendiri perlu hadir ke mahkamah. Jadi, saya tak perlu lagi mencari dia.
“Disebabkan dia tak respon dan turunkan tanda tangan, dia diarahkan untuk hadir ke mahkamah untuk memberikan penjelasan tentang hutang nafkah pada anak-anak,” katanya kepada MH.
Raja Azura berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) di Menara Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada majlis sama, bekas hos Melodi ini juga turut diumumkan sebagai hos ABP37 dan bakal bergandingan bersama Shiha Zikir.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berharap agar bekas suaminya tampil memberikan kerjasama dalam menyelesaikan isu tersebut.
“Iklan tersebut sudah pun diterbitkan di akhbar hari ini. Jadi, barulah saya boleh bercakap hal ini kepada umum. Saya harap Encik Adzmin datanglah ke mahkamah.
“Selesaikanlah apa yang patut. Jika kita dapat selesai secara baik, itu lagi bagus. Kalau kita diam dan biarkan sahaja, kisah ini akan jadi lebih panjang. Apapun, tidak akan selesai.
“Jadi, dia kena buat pengakuan dahulu kepada pihak mahkamah bahawa dia berhutang dengan saya. Kemudian, barulah kita ke peringkat seterusnya,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Raja Azura menolak dakwaan kononnya dia kini terdesak sehingga terpaksa menuntut nafkah selepas hampir 15 tahun bercerai.
“Ada yang kata saya ini seperti sudah terdesak. Kenapa selepas 15 tahun baru nak tuntut soal nafkah? Bila saya nak tuntut, itu suka hati sayalah. Dalam hidup ini, kita akan lalui kisah kita sendiri.
“Bagaimana nak mengatasi pengalaman lampau, saya ada cara saya sendiri. Kenapa saya tidak bertindak awal? Sebab saya sayang anak-anak saya.
“Saya tak nak mental dan fizikal anak-anak saya terganggu. Kalau orang lain nak heret anak mereka ke mahkamah, itu hak mereka. Cara dan fokus saya selepas berpisah adalah untuk besarkan anak dahulu.
“Saya yakin pada Allah SWT. Rezeki tak pernah salah alamat. Saya jaga anak-anak dengan baik,” jelasnya.
Menurut Raj Azura lagi, dia sudah berjanji dalam diri untuk menuntut hak anak-anak setelah mereka dewasa dan mencapai kejayaan.
“Saya memang sudah berjanji dalam diri. Selepas berpisah, saya ada menunaikan umrah. Ketika tawaf terakhir, saya mohon kepada Allah untuk gugurkan segala kesedihan saya di sini.
“Saya nak pulang dalam keadaan satu dunia yang baharu. Saya nak jaga anak-anak sehingga mereka berjaya. Barulah saya akan tuntut hak yang sepatutnya anak-anak saya dapat.
“Bila anak-anak sudah besar dan berjaya genggam ijazah, mereka sendiri yang bagitahu saya, sudah sampai waktunya untuk saya tuntut.
“Sekurang-kurangnya apabila saya mati dan disoal nanti, saya boleh jawab yang saya sudah menuntut hak yang sepatutnya. Dia yang tidak mahu bertindak,” katanya.
Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin, anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, Megat Luqman Hakim Adzmin, dan Puteri Mia Maizura Adzmin.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir lapan minggu membuktikan kemampuan sebagai bintang yang bakal menyinar, peserta asal Kuala Lumpur, Nylea akhirnya dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2025.
Kemenangan itu membolehkan Nylea atau nama sebenarnya Nylea Adzlan, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000, selempang dan trofi.
Nylea juga menerima mahkota Dewi Remaja 2025 yang disampaikan oleh juara edisi terdahulu, Nurel Baharin.
Peserta berusia 23 tahun ini berjaya memikat hati juri selepas tampil cemerlang menerusi dua tugasan di pentas akhir iaitu persembahan bebas dan sesi soal jawab.
Ketika menyampaikan ucapan, Nylea tidak dapat menahan sebak mengenangkan perjuangan yang telah ditempuh.
“Ada jutaan terima kasih yang ingin saya tujukan terutamanya kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokong saya bukan sahaja pada hari ini tetapi sepanjang berada di program Dewi Remaja.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri kerana berjaya mara sehingga ke peringkat akhir.
“Saya bangga dengan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan Dewi yang lain. Saya rasa bartuah kerana dapat mengharungi program ini bersama 12 Dewi yang lain. Tanpa mereka, tak mungkin saya berada di sini,” katanya.
Tempat kedua menjadi milik seorang lagi peserta dari Kuala Lumpur, Nelysa Kay yang membawa pulang RM10,000, selempang dan trofi.
Manakala tempat ketiga pula disandang oleh peserta asal Pulau Pinang, Dheper, yang berjaya meraih RM5,000, selempang dan trofi.
Marisa pula berada di tempat keempat dengan ganjaran RM2,000, selempang dan trofi.
Anugerah khas Dewi Persahabatan dimenangi oleh Elisha Chew yang membawa pulang RM2,000, selempang dan trofi.
Sementara itu, peserta asal Tuaran, Sabah, Sharmaine dinobatkan sebagai Dewi Favourite selepas memperoleh lebih 90,000 undian peminat, membawa pulang RM2,000, selempang dan trofi.
Pentas akhir Dewi Remaja 2025 diadili oleh dua juri tetap yang juga pelakon terkenal, Kamal Adli dan Nabila Huda, sementara Scha Alyahya bertindak selaku juri jemputan.
Malam kemuncak yang dihoskan oleh Keanu Azman dan Shaza Bea turut diserikan persembahan artis popular tanah air termasuk Aisha Retno, MK K-Clique dan Bungaisme.
Rakaman pentas akhir Dewi Remaja 2025 disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan anda boleh teruskan menonton menerusi Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.