Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali aktres kesayangan negara seberang, Laudya Cynthia Bella dari Indonesia.
Bukan sahaja sikapnya yang santun, tetapi memiliki seraut wajah yang halus dan mulus. Malah senyuman manis yang terukir di bibir membuatkan penampilan dirinya tak puas mata memandang.
Terdahulu, ketika sesi fotografi dengannya, MH sempat bertanyakan rutin penjagaan harian kecantikan wajah Laudya Cynthia Bella atau Bella yang mempunyai pengikut di laman instagram lebih 39.6 juta ini.
Bella Akui Amat Menjaga Kecantikkan Kulit Wajah!
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
Ads
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya.
Hijab Bukan Halangan Bergaya ‘On Point’
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
Ads
“Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh.
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya baggy fashion. Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan Bella gemar memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
Ads
Untuk rekod, selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
Sekadar info, artikel ini merupakan atikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi, Adi Priyo baru sahaja melancarkan single projek istimewanya, Aku Cinta Mati.
Bagaimanapun, Adi pada masa sama masih lagi kekal sebagai vokalis kumpulan Sixth Sense, meski dia kini sedang mencipta nama secara sendirian.
Penyanyi asal Indonesia ketika ditemui selepas majlis pelancaran album terbarunya berjudul Aku Cinta Mati di Red Box, The Garden Mall baru-baru ini berkata, dia tidak akan sesekali keluar dari kumpulan berkenaan.
“Kumpulan kami dah lama, sudah 13 tahun. Jadi saya tak terfikir nak keluar atau nak bubar dari kumpulan itu. Saya sayang dengan Sixth Sense,” kata Adi kepada MH.
Ditanya mengenai pendirian ahli anggota lainnya apabila dia muncul menerusi single sendiri, ini jawab Adi;
“Mereka (ahli kumpulan Sixth Sense) tak kisah kalau saya bergerak solo, janji selagi Sixth Sense ada persembahan, kami akan bergerak sekali dan di atas satu pentas,” tambahnya lagi.
Adi, 36, turut menambah, kumpulan itu sudah mencipta banyak lagu seperti Tak Bisa Memilihmu, Tanpa, Khatimah Cinta dan banyak lagi.
“Sixth Sense sudah jadi sebahagian keluarga saya, jadi saya tak akan sesekali keluar dari kumpulan itu meski dikenali sebagai Adi Priyo Sambodo dan bukannya Adi Sixth Sense,” jelasnya.
“Kami ada banyak kenangan manis dan pahit bersama. Banyak juga lagu kami yang trending satu ketika dulu.
“Tak akan sesekali keluar dari band itu sampai bila-bila pun,” ujar Adi.
Sementara itu, Muzik video Aku Cinta mati boleh ditonton di semua platform digital muzik bermula hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=_1Si0gRq5k4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis sebuah majalah fesyen, baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Hadir mengenakan persalinan polos putih tanpa lengan lengkap berseluar, penampilan bintang cantik tak dinafikan memukau pandang.
Penyanyi, Usop, mengumumkan dirinya kini sudah tidak lagi bersama dengan syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment.
Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya itu selama ini.
“Terima kasih tak terhingga seperti mana banyaknya buih di lautan. Itu yang mampu saya ucapkan kepada orang-orang kuat yang banyak berada disamping saya ketika saya dalam rocketfuel.
“Banyak memori yang tak dapat saya lupuskan dalam ingatan, susah jatuh bangun semua sekali. Terima kasih kepada abang-abang yang saya sayang yang selama ni menjadi tulang belakang saya dalam industri,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga akan memanfaatkan segala ilmu yang diberikan untuk terus mencipta nama dipersada industri seni tanah air.
“Masa saya ada program di KL rumah abang-abang saya ni la tempat saya menumpang. Dan kepada mu big boss Mr Feros saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab banyak beri peluang kepada saya yang belum pernah saya rasa sebelum ni.
“Boss yang paling steady yang pernah saya dapat. You’re the men la boss . Banyak benda yang saya belajar ketika saya dikelilingi dengan orang-orang yang sangat hebat dalam industri.
“InshaAllah jika ada rezeki nanti kita akan bekerjasama lagi..thank you so much,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang diberikan oleh pihak Usop mengenai keputusannya itu.
Malah, ada juga segelintir pihak yang berpendapat bahawa Usop akan mengendalikan kariernya secara bersendiri selepas ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan yang terbaik buat Usop serta kerjayanya.
“Even bergerak solo ke, bawah mana-mana label-label hebat ke, yang penting hati dan minda tu. Kena pandai manage dan rebranding diri. Semoga Usop berjaya dunia akhirat.
“All the best Usop, dimana hang berada buat yang terbaik. Jaga nama baik dan maruah diri. Hati-hati ya dalam segala hal.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Usop,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Usop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Optimis mahu memberikan kelainan lebih segar, TV3 mengambil pendekatan untuk memilih gandingan pengacara Naz Rahman dan Sissy Iman sebagai hos utama di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Februari depan.