Drama rantaian Budak Tebing pernah mendapat perhatian meluas daripada penonton, selepas disiarkan di slot Lestari, TV3 Mac lalu.
Salah seorang bintang drama tersebut, Bella Dowanna memaklumkan drama yang berkisahkan tentang persahabatan remaja di ibu kota yang mempunyai pelbagai konflik itu bakal menemui penonton untuk musim kedua.
Bella telah berkongsi khabar gembira tersebut dengan berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Twitter miliknya.
Penerbit Jalena Rejab tampil memberikan penjelasan mengenai drama terbitannya, Rahimah Tanpa Rahim (RTR) yang menerima reaksi pelbagai serta menjadi bahan gurauan ramai di media sosial.
Drama bersiri yang bersiaran di slot Akasia sejak 22 Januari lalu lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah itu menjadi perhatian berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai.
“Drama RTR ini dia mengisahkan mengenai kekeluargaan. Maknanya sisi yang ada dalam masyarakat kita, ada dalam drama tersebut.
“Cerita utamanya adalah kisah berkenaan dengan Rahimah, lakonan Puteri Aishah yang dibesarkan oleh ibu tiri tanpa diberikan kasih sayang. Jadi di situ wujudnya konflik dan ibu tiri turut mencemburuinya. Rahimah membesar tanpa kasih sayang yang sepenuhnya.
“Lalu muncul watak hero, Jauhar (Azlee Khairi). Kiranya Jauhar adalah penyelamat kepada Rahimah. Dari situ bermulanya konflik dan kemudian barulah timbul isu Rahimah ni sebenarnya dia tidak tahu, dia tidak mempunyai rahim,” jelasnya.
Jelena berkata demikian menerusi satu temu bual bersama program Melodi, Ahad lalu.
“Isu Rahimah tanpa rahim ini adalah sub-plot kepada cerita tersebut yang menjadikan satu isu oleh watak Nurul (Ezzaty Abdullah) yang menggunakan isu itu dengan memperlekeh dan mempersendakan kehidupan Rahimah.
“Kalau penonton nak tahu lanjut dengan situasi tajuknya yang sedemikian, kena tonton hingga kesudahannya 28 episod,” katanya lagi.
Drama RTR arahan Eoon Shuhaimi itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di TV3.
Usahawan sensasi, Nur Sajat tampil meluahkan rasa, selepas dilihat seolah-olah tertekan terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya @nursajat yang kini dalam mood privasi, Sajat ada berkongsi kekeliruannya di dalam melakukan amal kerana status diri selain mendedahkan dia kini mejalani rutin sebagai wanita meski dalam id (kad pengenalannya) ialah lelaki.
“Menunggu masa… Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram dalam semua yang aku lakukan dalam lima tahun aku dalam perniagaan.
“Amalan kebaikan sia-sia sahaja sebab Sajat id lelaki! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki, tetapi anggota badan wanita… tetapi kau tetap lelaki! Lelaki berdasarkan id! Cara hidup kau semua adalah wanita!
“Segala amalan kau di dalam agama adalah haram. Perbuatan di dalam mempersendakan agama,” tulisnya.
Entri yang telah disekat akses komen, Sajat turut berkongsi dirinya pernah bertanya mengenai ibadat solat yang dilakukan kepada seorang Ustaz.
“Aku ada bertanya pada Ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka still sembahyang pada tuhan mereka. Berdasarkan kepercayaan masing-masing.
“Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku nak solat. Aku tak selesa solat dalam keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita. Adakah solat aku sah dalam agama?
“Segala bacaan semuanya lengkap, kiblat semua sempurna. Aku manusia tidak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah tetapi cacat ini terus kekal! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.
“Adakah solat aku tu sah? Ustaz tu kata, Sajat, Islam itu indah. Sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri awak. Perlahan-lahan kenali Allah.
”Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila Ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku,” tulisnya lagi.
Sajat pada masa sama turut menjelaskan, segala kebajikan yang cuba dilakukan adalah sebagai tanda sayangnya dia pada agama. Namun dakwa Sajat, keadaan sebaliknya pula yang berlaku ketika ini.
Sementara itu menerusi Insta Stories, ahli perniagaan yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda ini juga ada memuat naik beberapa reaksi netizen selain perasaan yang dirasakannya.
Terdahulu, Sajat baru-baru ini tampil menceritakan situasi dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu menerusi sebuah video IG TV.
Sajat antara lain mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
Menerusi Berita Harian hari ini, JAIS mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Elfira Loy ada memberitahu anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf telah mengalami demam panas buat kali pertama, pada Ahad.
Menurut Elfira, bacaan suhu badan anak lelakinya itu kian meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius.
Lalu, bintang berusia 27 tahun ini meluahkan rasa bimbang dan turut meminta nasihat daripada pengikutnya menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“handsome boi down with fever Day 2 .Last night his temperature was at 37.6 now 37′ . Hopefully it will get better & better soon.
“first time Rayyan demam sepanjang dari baby sampai dah besar ni. Hopefully demam ni sekejap je.
“so what i did , my mom mandikan dia with air biasa je , always lap lap badan & tampal cool fever. Tapi bila nak tidur dia macam tak selesa sikit so el pasang zikir ubat penyakit because rayyan always akan tenang kalau pasang bacaan al-quran & pasang juga YL diffuser ,
“i use lemon & thieves baru dia tidur.Tapi bila malam tu , maybe he’s uncomfortable soo banyak tidur atas bahulahh sambil dukung berdiri .
“so , when do you decide to bring your child to the Doctor ? or at this stage baby memang akan ada depan soo just be patient je until it go off ?,” tulisnya.
Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).