Perkongsian foto pelakon, Fiza Halim nampaknya berjaya menimbulkan sensasi apabila bintang ini berkongsi dua keping foto ketika belum berhijab.
Ulas bekas anggota Elite ini, dia rasa ralat dengan dengan segelintir netizen yang gemar menjatuhkan hukum meski kala memakai jubah sekalipun.
Tambahnya lagi, tidak salah memberi nasihat, namun biarlah berpada-pada dan ada caranya.
“Aku nak tengok siapa nak kecam. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom.
“Bulu hidung,bulu ketiak,bulu tutttt… hampa xmau zoom ka? La ni aku nak tanya hampa semua,kalau crita kami hat lama2 keluaq kat tv yg tak pakai tudung, mcm mana pulak crita tu?
“Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la… nasihat boleh nasihat. Tp biaqlah berpada2.. Dan yg paling best,hat dok komen semuanya PRIVATE ACC.
“Sblm hampa semua nak cakap pasai AURAT, mulut lidah pun kena jaga jugak,” luahnya.
Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengakui dia sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik.
“Aku mengaku aku bukan org baik, tp aku pelan2 nak belajaq jd baik. Aku tak suka hipokrit!! Bukan aku. Nih,drp hampa semua sibok dok cari NERAKA org, hampa jgn lupa, jgn sampai SYURGA hampa sendiri terabai na.
“Kita semua dah tua, tunggu nak mampuihh ja. Masing2 tau dah kot nak jaga diri sendiri.
“Mcm aku anak dah kluaq 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah xminat dan xnak suka aku pun,aku tak kisah.Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bg mentedarah kat aku.
“Aku adalah aku, tak perlu nak tunjuk baik depan org.Kalau org nak kata aku mulut jahat,mmg pun. Aku terima.Allah lebih tau apa niat hamba2 dia. Ada ja tak kena dimata hampa #throwback #akudahmeluat #sabaqadatahap,” tambahnya lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada menitipkan janjinya buat keluarga tercinta. Titipan kata itu turut dikongsikan pelakon tinggi lampai ini menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia berjanji untuk menjadi suami yang boleh diharapkan isteri dan anak, serta akan sentiasa berada di samping yang tersayang setiap masa.
Malah, pelakon drama rantaian Pia ini juga turut mengharapkan perkara sama dari isteri tercinta.
“Saya post gambar ni sebab isteri saya kata this is the most beautiful picture dalam pandangan dia.
“Saya pernah berjanji untuk menjadi orang yang paling boleh diharap untuk isteri saya. Orang yang dia boleh bergantung. Orang yang tolong keluarga dia,” tulis Idzham.
“Orang yang dia tahu saya ada bila dia perlukan bila bila masa. Orang yang jaga kemewahan dia dan anak anak.
“Saya akan jadi seperti yang saya janjikan sebelum kita kahwin dulu. Jangan pernah lupa janji kita sebelum kita akad menjadi suami Isteri dulu. Amin InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...