Barang bertimbun-timbun di ‘cart’ dan tak tahu bila waktu sesuai nak dapatkan tawaran tak masuk akal? Jangan pening-pening lagi!
Kata orang bulan Ogos ini banyak ‘ong’. Admin MH rasa betullah. Nak tahu apa lagi best? Sekarang sedang berlangsung Shopee 8.8 Festival Shopee Live.
Bermula sekarang hingga 11 Ogos ini, anda boleh tonton Shopee Live di aplikasi Shopee untuk mendapatkan pelbagai tawaran luar biasa termasuklah baucar diskaun 70% Shopee Live.
Menariknya, baucar diskaun 70% ini boleh ditebus dan digunapakai untuk semua barangan kesukaan anda yang dijual di platform Shopee.
Ya, betul! Korang tak salah baca. Semua benda boleh dibeli dengan baucar ini dan tiada yang terkecuali. Barangan elektrik, fesyen dan kecantikan serta barangan keperluan rumah pun boleh.
MH nak kongsi tip sikit, tonton Shopee Live setiap hari untuk tebus sebanyak mungkin baucar ini. Lagi banyak anda tonton, lagi banyak dapat baucar!
Ads
Bukan setakat diskaun gila-gila, kos penghantaran pun PERCUMA. Tak perlu bayar sebab Shopee nak ‘payung’ korang. Yang penting tiada limit atau pembelian minimum. Semuanya percuma. Tinggal tunggu barang sampai sahaja, memang berbaloi.
Dan itu bukan semua! Sepanjang bulan Ogos, anda boleh membeli produk Fesyen & Kecantikan kegemaran anda dengan Baucar Penghantaran Percuma yang disegarkan setiap hari pada jam 12PM. Dapatkan baucar anda dan mula membeli-belah sepuas hati anda!
Apa yang menariknya lagi, korang juga boleh berbelanja dan membuat pembelian secara ansuran menerusi SPayLater dengan 0% caj hingga tiga bulan.
Ads
Menerusi promosi SPayLater ini juga, Shopee berbesar hati untuk memberikan diskaun tambahan sebanyak RM20 tanpa pembelian minimum bagi pengguna SPayLater baharu, manakala RM20 dengan pembelian minimum RM130 buat semua pengguna SPayLater.
Anda juga tidak perlu lagi ragu-ragu dengan barangan yang ingin dibeli. Jika anda berubah fikiran, anda boleh memulangkan semua barang tersebut secara percuma dalam masa 15 hari, tanpa soal* dan wang anda akan dikembalikan.
Ads
Dalam pada itu, Shopee juga akan memastikan kesemua barang yang dibeli akan tiba pada tarikh yang ditetapkan. No delay okay!
Dalam pada itu, anda berpeluang memenangi888,888 Shopee Coins setiap haribila anda menyertai peraduan Shopee Shake tepat jam 8pm!
Jadi, tunggu apa lagi? Rebut segala baucar, Shopee Coins, wang tunai dan tawaran eksklusif sepanjang acara Shopee 8.8 Festival Shopee Live ini.
Meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan bapa berjalan lancar, pelakon Fazreen Rafi ada merakam video bersama bapanya baru-baru ini.
Menurut bapanya menerusi klip yang dikongsi, dia ada bercerita perihal kehadiran arwah isterinya, Sutinah Sahari yang muncul dalam mimpinya sebelum melakukan scan.
Perkara itu dirakam pelakon drama Pengantin 100 Hari itu lalu dikongsikan menerusi Instagram.
“Dia (isteri) kata lepas ni papa buat scan, lepas tu hilang.
“Papa sedar ketika itu jam menunjukkan pukul 12:02minit. Masa tu mama kat tepi ni, dia cakap dengan papa, “papa nak buat scan kejap lagi”, pastu dia hilang.
“Tak perasan pakai baju apa, tapi jumpa dan nampk muka dia,” kongsi Rafi seperti yang dirakam.
Pelakon dan usahawan, Adam Corrie Lee mededahkan ada sebab tersendiri untuk jarang aktif di platform media sosial.
Menurut Corrie, dia berasa sangat risau melihat trend masyarakat masa kini yang gemar melontarkan pendapat mereka secara membuta tuli sehingga ada yang sanggup menyebarkan kebencian terhadap orang lain.
“Saya jarang buka media sosial sejak akhir ni. Takut baca cara orang-orang sekarang ini berkomunikasi, memberi pandangan dan sebagainya.
“Risau bila baca, kita teremosi lalu mengeluarkan kata-kata yang tak elok ataupun terdetik di hati berkata bukan bukan.
“Sia-sia dapat dosa tanpa kita jangka dan yang boleh dielakkan. Iman kita ini bukan sentiasa di atas. Sentiasa berbolak balik.
“Risau juga, bila kita ingat nak nasihatkan atau ingatkan orang tapi adab kita salah kerana memalukan / jatuhkan air muka orang lain,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Corrie turut menasihati orang ramai supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan apa-apa tindakan.
“Apa yang dalam fikiran dan pandangan kita sahaja betul. Itu lah salah diri kita, melupakan adab dalam berkomunikasi dan bersahabat.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Corrie dan berharap agar trend seperti ini dapat dielakkan.
Sumber: Instagram Adam Corrie Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!