“Belakang Beranilah. Jumpa Depan-Depan Nak Selfie Juga,” – Syafiq Kyle Tempelak ‘Mulut Puaka’ Alam Maya Sebab…

Aktor yang bakal muncul menerusi drama Senafas Rindu di samping Elizabeth Tan, Syafiq Kyle tidak menafikan ada segelintir peminat yang tidak senang lalu mengkritik penampilan terbarunya yang berambut perang.

Katanya kepada MH, dia berbuat demikian adalah sebagai memenuhi tuntutan watak dan pada masa sama tidak mahu statik terhadap satu penampilan semata-mata.

“Drama ini akan ditayangkan awal tahun hadapan dan pastinya saya mengharapkan ia sesuatu permulaan yang baik untuk 2019. Cuma bila ada yang tak berapa suka dengan warna rambut ni, itu biasalah.

“Saya berlakon bukan untuk ikut kehendak netizen. Saya berlakon ikut kehendak skrip dan kesesuaian watak,” katanya.

Pada masa sama, finalis Hero Remaja ini juga mengakui apabila menerima sesebuah tawaran lakonan, dia terlebih dahulu akan mengkaji watak yang bakal dibawa.

IKLAN

Seterusnya cuba cari kelainan bagi memberikan sentuhan yang lebih menarik terhadap karektor yang bakal dibawa.

“Bila dapat sesebuah tawaran itu, saya akan imaginasi sendiri mengenai personaliti watak yang bakal dilakonkan. Bila ada yang cakap nanti tak nampak handsome atau apa, saya tak fikirkan sangat.

“Sebab niat saya adalah untuk jayakan dengan sehabis baik watak tersebut. Saya berlakon bukan nak nampak handsome, elok memanjang depan kamera,” akui Syafiq lagi.

Ditanya pernah ditegur peminat secara berdepan terhadap penampilan terbarunya itu, hero drama rantaian Nur ini memberitahu;

“Setakat ini tiada pula. Tapi kalau baca komen tu, memang ada yang melampau dan keterlaluan. Belakang beranilah. Jumpa depan-depan nak selfie juga.

IKLAN

“Tapi saya okay sahaja itu pandangan masing-masing. Harapnya drama ini akan dapat sambutan bila ia ditayangkan, insyaAllah,” akhirinya.

Selain Syafiq dan Elizabeth Tan, Senafas Rindu turut dibarisi para pelakon lain seperti Wan Sharmila, Shahrul Kamal dan ramai lagi.

#MHtanya lets tanya apa saja mengenai Syafiq Kyle. Katanya dia suka perempuan berambut panjang, nak candle light dinner di Budapest dan… sila dengar!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 3 October 2018