Dalam bulan Ramadan yang lalu tular tentang berita pembantu rumah kepada pengasas kosmetik yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri, didapati telah mencuri duit dan barang peribadi majikannya.

Semalam, bekas pembantu rumah Aliff telah didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan yang berjumlah lebih daripada RM1,500 milik isteri kepada jutawan terkenal itu.

Bekas Bibik Aliff Syukri Mengaku Tidak Bersalah Di Hadapan Majistret

IKLAN

Bibik warga negara Indonesia, Sundari telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Sundari, 40, yang diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

IKLAN

Terdahulu, Nurul ‘Ain Shafie yang merupakan Timbalan Pendakwa Raya, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh adalah warga asing. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Julai ini.

Diimbau kembali tentang kejadian yang berlaku pada 20 Jun lalu, Aliff telah mengamuk apabila mendapat tahu pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya yang bernilai RM100,000.

IKLAN

Sumber: Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI