Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil melakukan kerjasama istimewa Naeloar (Naelofar Kindness Box) bersama OrphanCare Foundation khusus bagi memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik.

Menerusi sebuah video terkini yang dikongsikan hos Next To Neelofa itu di Instagram, Neelofa memberi penerangan serba sedikit mengenai khidmat yang ditawarkan daripada organisasi berkenaan.

“Saya berkesempatan ke @orphancare.foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.

“Bayi dalam dukungan saya ni antara bayi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain & urinya diletakkan dalam bag.

“Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian. Tapi apa yang baiknya, bayi itu telah dibawa ke hospital dengan segera oleh petugas @orphancare.foundation.

IKLAN

“Apa sebenarnya yang jadi kepada bayi? Kenapa ibu dia meninggalkan anaknya? Tak ada siapa tahu tetapi ibunya telah membuat keputusan betul dengan meletakkan baby di tempat sepatutnya dan tidak membuangnya di tempat yang bukan-bukan,” tulis Neelofa menerusi ruangan kapsyen.

Malah, khidmat yang diberikan turut diberikan kepada bakal ibu yang bakal bersalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

IKLAN

“Jika ada di luar sana yang ada masalah sebegini, OrphanCARE bukan hanya terima bayi terbuang, tapi mereka juga ada tawarkan perlindungan kepada bakal ibu sampailah mereka selamat bersalin.

“Jika ada antara anda yang tak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan saja di baby hatch yang dibuka setiap sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi, Insya-Allah.

“Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk @orphancare.foundation sempena bulan kelahiran Lofa. Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan bayi.

IKLAN

“Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta peminat memuji inisiatif yang dilakukan pihak berkaitan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI