Categories: Berita

“Bayi Berada Dalam Keadaan Kritikal,” – Pendarahan Dalam Paru-Paru, Bayi Pra-Matang Abby Abadi Kritikal

Share

Muhammad Faizal Zakaria, suami kepada Abby Abadi menerusi Harian Metro ada memaklumkan, bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.

Meski isterinya sudah dibenarkan pulang, namun pasangan ini masih menanti makluman terkini daripada doktor.

"Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.

“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor," katanya seperti yang dipetik.

Menurut Faizal lagi, setiap hari isterinya akan ke hospital untuk menghantar bekalan susu ibu.

"Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu

," katanya.

Sehingga kini, bayi pasangan Faizal dan Abby masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.

Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Foto : Harian Metro

IKLAN