Ads

Baru Jer Puji ‘Sang Pari-Pari’, Diyla Tertanya Kenapa Kena ‘Block’ Vida Di Facebook; “Terima Kasih…”

“Kenapa DSV (Datuk Seri Vida) block saya? Sedangkan kita tiada masalah…”

Demikian luahan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik berkenaan, Diyla susulan bekas majikan yang dikatakan telah menyekat akaunnya di Facebook.

Diyla yang kini bergelar penyanyi berkongsi luahan tersebut menerusi akaun TikTok miliknya dan kini ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali.

“Terima kasih atas segalanya DSV. Semoga maju jaya. Kalau bermusuh dengan saya itu menjadikan DSV bahagia, teruskan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Video tersebut memperlihatkan seolah-olah Diyla cuba untuk mencari akaun milik Vida, tetapi tidak jumpa.

Artikel Berkaitan;

Ads

Setia 12 Tahun, Diyla PA Vida Umum Berhenti Kerja; “Hilang Saya Sorang, Ramai Lagi Di Belakang DSV Yang Baik-Baik.”

“Bagi Masa Untuk Cik B, Biar Dia Buat Apa Dia Suka,” – Datuk Seri Vida

“Kehilangan Terpaling Sakit Pernah Saya Lalui Sepanjang Hayat,” – Vida Imbas Tragedi Pilu 2013 Ragut Nyawa Dua Anak Kandung

Perkongsian tersebut lantas menerima reaksi yang pelbagai di kalangan warga maya.

Ads

Ada yang menyifatkan ia mungkin sekadar strategi marketing dan tak kurang yang menyatakan ‘kena block’ tak semestinya sudah tidak sayang.

“Marketing macam Iqbal kot.”

“Main doh dulu zaman Iqbal, marketing gini gop.”

Ads

“DSV nak sejukkan hati. Sabaq dulu nah Kak Diyla.”

Anda mungkin berminat dengan

“Kesian DSV… Orang kuat dan orang yang dipercayainya dah tak bersamanya lagi. Mungkin sedih kot.”

“Dia tengah healing dengan cara dio tu. Relax sudoh la kak..”

Terdahulu di dalam platform sama, Diyla ada menitipkan dedikasi buat Vida selama 12 tahun dia bersama di samping penyanyi lagu I Am Me itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Elfira Loy Luah Rasa, Anggap Keberanian Dalam Hidup Datang Daripada Arwah...

Pelakon Elfira Loy menyifatkan arwah ibunya, Filzah Yusoff sebagai insan yang banyak memberinya kekuatan dan keberanian dalam mengharungi kehidupan.