Semenjak melahirkan cahaya mata pertama, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini mengambil masa untuk berehat seketika daripada kerjaya seni bagi memberi tumpuan untuk membesarkan anaknya.
Bagaimanapun, dia tidak kisah untuk memulakan semula pengambaran lebih awal seandainya ditawarkan naskah yang baik.
“Sebenarnya kalau ada naskah yang betul-betul bagus dan best, saya tak kisah nak mulakan pengambaran awal,” tulisnya.
Mira berkata sedemikian menerusi sesi soal jawab di ruangan Instagram stories.
Ads
Pada masa sama, pelakon filem Sangkar ini juga berasa sebersalah untuk meninggalkan anaknya itu dalam jangka masa yang agak lama.
Katanya lagi, dia kini baru memahami perasaan para ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak atas tuntutan kerja.
Ads
“Semalam keluar tengok Mat Kilau pun mata asyik tengok jam dan gambar Amir dekat skrin phone je. Rasa sedih tengok dia padahal pergi tengok wayang je.
“Hmm itulah, nak tinggalkan Amir untuk kerja dua tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan ibu-ibu baharu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Mira baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada tanggal 10 Mei lalu.
Ads
Sekadar informasi, Mira dan suami, Wan Emir Astar telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada aktres Vanidah Imran yang selamat bergelar isteri kepada suami tercinta, Arifabillah Idris kira-kira jam 12.12 tengahari tadi dengan sekali lafaz.
Vanidah, 49, memilih jurutera berusia 43 tahun sebagai imamnya.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat itu, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini dan solekan Syed Faizal.
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan seuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.
Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,”ujarnya lagi.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @luxurycapturephotography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sedar sepotong video pendek nyanyiannya menjadi tular di media sosial, penyanyi terkenal Ning Baizura menyifatkan tindakan menularkan klip berkenaan tidak munasabah selain menganggap ia seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.
Menerusi video tersebut, memaparkan Ning, 46, atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu hitsnya, Awan Terpilu dengan baik di dalam sebuah persembahan, baru-baru ini.
“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.
“Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir.
“Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.
“Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Terpilu ini.
“Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.
“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.
Ning menambah, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.
“Saya mahu meggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.
“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif, kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh.
“Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluamg macam tu. Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini menerusi jenama Rizman Ruzaini mendedahkan hubungannya bersama aktres, Nur Fazura tiada sebarang masalah, namun hanya sedikit renggang disebabkan kekangan komitmen kerjaya masing-masing
Malah, situasi mereka juga kini sudah pun berbeza memandangkan masing-masing telah pun mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.
“Sewaktu perjalanan ketika kami bujang dulu lain, jadi apabila kami berdua dah masuk ke fasa perkahwinan tambahan pula bila dah ada anak semuanya berubah.
“Tidak dinafikan, dulu banyak orang nampak kami selalu meluangkan masa bersama.
“Tetapi sekarang tidak lagi sebab kami semua sudah berkeluarga, dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Macam kami berdua sekarang sejujurnya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan perniagaan sahaja,” kata Rizman.
Ruzaini menambah, hubungan persahabatan bersama Fazura masih baik dan sama sekali tiada perselisihan yang berlaku antara mereka.
Katanya lagi, mereka beranggapan timbulnya perkara sedemikian mungkin oleh kerana ada segelintir pihak yang membuat andaian dan spekulasi tidak berasas.
“Sejujurnya, hubungan kami berdua tiada masalah dan masih baik sehingga ke hari ini.
“Malah, tidak pernah ada pergaduhan antara kami berdua.
“Pada kami, mungkin timbulnya perkara ini oleh kerana spekulasi atau andaian segelintir pihak di luar sana,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun koleksi hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Terdahulu, ada netizen mendakwa hubungan Fazura bersama Rizman serta Ruzaini kian renggang disebabkan aktres berkenaan tidak kelihatan di beberapa majlis yang melibatkan pereka fesyen itu atau majlis lain yang dianjurkan Rizman dan Ruzaini kebelakangan ini.
Sementara itu, bersempena meraikan ulang tahun pertama koleksi hijab mereka, Rizman Ruzaini telah melantik tujuh selebriti iaitu Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya sebagai ‘muse’ koleksi tudung berkenaan.
Menurut Rizman, mereka yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama tersebut.
“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti tanah air. Bukan soal hubungan baik sahaja, namun bagaimana golongan ini juga mampu memberi impak yang baik terhadap jenama Rizman Ruzaini.
“Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR Mono Scarves ini adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan jenama Rizman Ruzaini kekal relevan dalam industri fesyen negara.
“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung ini, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
“Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama kami diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan para selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan jenama kami menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rizman Ruzaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.