Beberapa hari lalu, pelakon Nadya Syahera ada meluahkan perasaan mengenai suaminya yang dikatakan terlalu sibuk dan jarang berada di rumah sehingga dia terpaksa menguruskan hal rumah tangga seorang diri.

Menurut Nadya, situasi tersebut membuatkan dirinya sedikit tertekan sehingga menyebabkan anak-anaknya sering menjadi mangsa untuk dia melepaskan rasa marah.

Terbaru, menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada Nadya, Fizul Nawi akui kesilapannya itu dan menjelaskan mengenai situasi sebenar konflik yang melanda rumah tangganya.

Jelas Fizul, pada ketika ini, dia sememangnya agak sibuk untuk membangunkan semula bisnesnya lebih-lebih apabila terpaksa berulang alik dari Malaysia ke Thailand.

“Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf “Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_)

“Saya ingin mohon maaf jika ada yang marah atau salah faham. Buat masa sekarang saya memang sibuk ulang alik pergi kebun buah di Thailand.

“Buat masa sekarang saya perlu kerja keras sebab saya nak stabilkan balik perniagaan saya,” tulisnya.

Tambah bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, segala usaha kerasnya ketika ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kesenangan buat keluarganya dikemudian hari.

IKLAN

“Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf “Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf “Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf

Malah, Fizul turut memberitahu, dia akan berusaha memperbaiki kekhilafannya itu dan berjanji untuk terus berusaha menjadi yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya.

“Saya sedar diri masih tak mampu untuk bagi yang sempurna untuk anak bini sebab perlu bayar hutang dan komitmen bulan-bulan dan saya masih dalam proses naik ke level yang selesa.

“Saya memilih untuk hidup berserhana. Apapun saya akan berusaha dan kuat semangat atas segala ujian dan saya tak menyalah mana-mana pihak.

“Yang salah diri saya sendiri demi mengejar target hingga ada yang tersiksa,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga rumah tangga Fizul dan Nadya akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

“Bagus bro. Tak malu untuk minta maaf. Turunkan ego. Semoga Allah murahkan rezeki kamu sekeluarga.

“Lebihkan masa untuk isteri dan anak-anak. InsyaAllah brother.

“Semoga Fizul dan Kak Bed terus kuat. Dugaan berumah tangga.

IKLAN

“Bincang elok-elok. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

“Beri perhatian yang sewajarnya untuk anak dan isteri. Itu juga punca rezeki mengalir deras,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf “Saya Sedar Masih Tak Mampu Bagi Yang Sempurna Untuk Anak Bini,” – Akui Kesilapan Terlalu Sibuk Bekerja, Suami Nadya Syahera Mohon Maaf

Sekadar informasi, Nadya dan Fizul telah mendirikan rumah tangga pada September 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, Muhammad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI