Baru saja disahkan bebas Covid-19, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dilihat ada memuat naik beberapa foto terkininya bersama keluarga di Instagram.

Terbaru, pelakon tersebut ada memuat naik satu video bersama isterinya sesudah menunaikan solat secara berjemaah.

Di dalam video yang dibuat menerusi aplikasi TikTok lalu dikongsikan Aeril di Instagram itu, dia sempat mengambil aksi kandid isteri, Wawa Zainal selepas solat.

“Baru Boleh 27 Kali Ganda Pahala,” – Dirikan Solat Dengan Wawa Zainal Selepas Bebas Covid-19, Video Sweet Aeril Zafrel Dihujani Pelbagai Komen Netizen “Baru Boleh 27 Kali Ganda Pahala,” – Dirikan Solat Dengan Wawa Zainal Selepas Bebas Covid-19, Video Sweet Aeril Zafrel Dihujani Pelbagai Komen Netizen
Malah Aeril di dalam ruangan kapsyen turut
memaklumkan baru kali ini berkesempatan menunaikan solat berjemaah selepas hampir menjalani kuarantin kendiri baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

IKLAN

“Haritu solat sorang2 je sebab kuarantin, harini baru dapat berjemaah.

“Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat,” tulisnya.

IKLAN

Lalu, perkongsiannya mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat keharmonian rumah tangga pasangan yang memiliki tiga orang cahaya mata ini.

Sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih sejuta kali peminat bersama-sama ribuan komen yang ditinggalkan.

IKLAN

“Baru Boleh 27 Kali Ganda Pahala,” – Dirikan Solat Dengan Wawa Zainal Selepas Bebas Covid-19, Video Sweet Aeril Zafrel Dihujani Pelbagai Komen Netizen “Baru Boleh 27 Kali Ganda Pahala,” – Dirikan Solat Dengan Wawa Zainal Selepas Bebas Covid-19, Video Sweet Aeril Zafrel Dihujani Pelbagai Komen Netizen

Dalam perkembangan lain, Aeril kini muncul menerusi drama Tercipta Satu Ikatan bergandingan sama Hannah Delisha yang bersiaran menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.

“Baru Boleh 27 Kali Ganda Pahala,” – Dirikan Solat Dengan Wawa Zainal Selepas Bebas Covid-19, Video Sweet Aeril Zafrel Dihujani Pelbagai Komen Netizen

Foto: Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI