Mengakui sukar baginya ‘bercerai susu’ dengan anak, pengacara Hijab Stailista, Ameera Zaini, bagaimanapun mengakui ia adalah satu proses yang normal dilakukan oleh para ibu.
Lalu, hos yang bergelar usahawan ini turut berkongsikan tips terbaik dalam fasa cerai susu ini.
Tulisnya, salah satu cara untuk memujuk anak daripada rajin ‘melekap’ adalah dengan memberi ganjaran.
“Meera ada baca, salah satu cara nak pujuk anak dalam weaning off process is to promise him that he will get a reward if he stop. So since Mateen tgh suka ocean animals ni Meera try la.
“Kalau Mateen tak milk mommy lagi mommy bawa pergi tengok shark,” kongsinya.
Namun, ibu mana yang sanggup melihat anak sengsara kempunan susu ibu, lebih-lebih lagi sehingga mengigau ketika tidur.
“Dia pun angguk je. Pastu malam2 setiap kali dia terjaga, normally it’s for the Miss B tapi, kalini dia macam mengigau “Mateen nak jumpa Shark” ulang banyak kali seolah2 tgh reminds himself “I want mommy tapi nanti tak boleh tengok Shark”.
“Sedihnya. Last2 mommy kalah jugak, sebab sedihnya tengok dia macam tu.
“Itulah naluri ibu kan. Macam mana penat, marah, cuba kuat sekalipun, bila tiba bab anak ni jadi mengalah. Sama la macam kes lepas je beranak punya lah taknak anak lagi lepas tu, tapi 4 5 kali jugak beranak kan. Sebab apa? Sebab itu fitrah kita sebagai wanita.
“Tahniah kepada semua para lelaki yang bertahan dengan emosi kami, wanita,” kongsi Ameera panjang lebar.
Menelan kos pembikinan sekitar 200 juta USD, filem terkini Godzilla, Godzilla King of the Monsters menjadi antara filem Hollywood termahal tahun ini.
Sudah pun mengutip lebih 300 juta USD setakat ini selepas ditayangkan sejak hujung Mei lalu, jom ketahui beberapa fakta menarik filem mega yang berdurasi lebih dua jam ini.
Pengarahnya, Michael Dougherty seperti yang dipetik menjelaskan, Godzilla: King of the Monsters bukan hanya tertumpu kepada kisah makhluk raksasa semata-mata, tetapi juga menyentuh soal percubaan manusia di dalam cubaan untuk berinteraksi dengan makhluk berkenaan.
Selepas Memoirs of Geisha yang diterbitkan pada tahun 2005, ini merupakan gandingan kedua pelakon terkenal Asia, Ken Watanabe dan Zhang ZiYi dalam sebuah filem.
Sementara itu, Dougherty turut memberitahu meski dia berpuas hati dengan ‘penampilan’ terkini susuk Godzilla menerusi filem ini, namun dia turut berusaha untuk mendapatkan ‘gauman’ asal Godzilla yang diterbitkan buat kali pertama pada 1954 lalu.
Ken Watanabe yang mendukung watak sebagai Dr. Ishiro Serizawa, Sally Hawkins (Dr. Vivienne Graham) dan David Strathairn (Admiral William Stenz) merupakan antara watak asal dari Godzilla tahun 2014 yang kembali untuk sequelnya tahun ini.
Ia merupakan filem produksi Amerika Syarikat Godzilla pertama yang mempunyai sequel.
Filem ini dilancarkan pada tahun ini, bersamaan dengan ulang tahun versi asalnya yang ditayangkan buat pertama kali pada tahun 1954, berjudul Gojira.
Dalam filem berkenaan, hanya Godzilla sahaja yang tidak mampu terbang sementara lawan lainnya iaitu Ghidorah, Montra dan Rodan pula mempunyai sayap dan berkeupayaan untuk terbang.
Terdahulu, ‘working title’ untuk filem ini ialah Godzilla 2. Sementara ketika di fasa produksi pembikinan, ia dinamakan sebagai Fathom.
Untuk filem kali ini, Godzilla digambarkan mempunyai ketinggian 393 kaki dengan beratnya lebih 99,000 tan. Rodan pula berketinggian 46.9 meter, Mothras pula 15.8 meter dan yang paling tinggi ialah Ghidoras. Tingginya lebih 158 meter dengan berat sekitar 141,000 tan.
Sequel filem berkenaan, Gozilla vs Kong yang awalnya dikatakan bakal ditayangkan sekitar Mei 2020 terpaksa dianjakkan kepada Mac tahun sama bagi mengelakkan pertembungan dengan sebuah lagi filem mega, Fast & Furious 9. Namun ia sekali lagi dikatakan terpaksa ditukar hingga hujung tahun 2020.
Anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan, Serina Redzuawan telah membuat pengumuman bahawa dirinya sudah punberhijab sepenuhnya, baru -baru ini.
Perkongsian tersebut dibuat hos dan pelakon ini dimaklumkan menerusi Instagram menerusi enrti terkini.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, dia membuat keputusan itu di bulan Syawal untuk bertudung dan bukan mudah untuk bertekad melainkan ada pengorbanan dan guru untuk memberi tunjuk ajar.
“Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar , serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang.
“Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna,” tulisnya lalu dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Rata-ratanya menyatakan rasa syukur terhadap penampilan terkini bintang berkenaan selain mengharapkan Serina agar terus istiqamah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!