Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1, tidak lama dulu.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
Ads
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
Ads
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Ads
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Meluahkan rasa tidak puas hati apabila kaum wanita sering dijadikan sasaran dan ‘kambing hitam’ di dalam sesebuah perhubungan, Tiz Zaqyah menerusi laman Twitter ibaratnya berang dengan sikap masyarakat yang berat sebelah.
Tulisnya, segala kesalahan diletakkan di atas bahu kaum wanita meski mereka bukan punca masalah.
Menerusi posting di Instagram, Safiey Illias berkongsi kesukaran yang sedang dihadapi apabila disahkan mengidap depression disorder.
Ulasnya, pertama kali dia dikesan mengalami masalah tekanan adalah sekitar 2016 lalu iaitu dituduh berhijrah untuk taktik promosi.
“Syinta®️penghidap depression disorder dan susah nk tidur kerana otak terlalu aktif . Dh dua kali dh . Dulu masa hijrah sbb orang ckp hijrah sebab marketing.
“Sekarang start ambil balik ubat dh 6 bulan dah . Doakan syinta®️sihat dan xperlu dh ambik ubat antidepression dan ubat tidur,” akuinya.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Bahanordin Deraman sebelum jenazahnya disempurnakan hari ini.
Menerusi entri terbaru di Instagramnya, Siti turut memohon doa semoga allahyarham Abang Bard (panggilan kebanyakan penggiat seni buat arwah) diampunkan segala kesalahan dan dilindungi daripada azab kubur.
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.
“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya.
Malah, penyanyi Antara Permana itu turut berkongsi foto sama di IG Stories.
Dalam pada itu, Siti yang dilihat berhampiran jenazah, dirakam kandid dalam sisi tunduk.
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen, turut berduka cita dengan perkongsian penyanyi berkenaan
Allahyarham yang mesra disapa ‘Abang Bard’ itu meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi tadi akibat komplikasi kencing manis.
Abang Bard merupakan antara individu penting yang menguruskan perjalanan seni DS Siti seaktu diawal kemunculan bersama syarikat rakaman Suria Record.
Selain DS Siti, Abang Bard turut menguruskan beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, 2 By 2 dan Datuk Rossa.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata selepas Zuhur.