Pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata kedua, Reza Hasbi berdepan ujian getir apabila memaklumkan isterinya, Rosedarlila trlah ditahan ke wad selepas disahkan positif Denggi meski baru 15 hari berpantang.
Ujarnya menerusi perkongsian di media sosial, pelakon tersebut memberitahu ujian yang diterima merupakan signal ujian dariNya.
“2019 ALLAH beri kami ujian yg bertimpa-timpa.. ujian itu sbb ALLAH sayangkan kita.. sakit itu sbb ALLAH nak hapus dosa… tak beriman seseorg itu selagi tidak diuji..
“ALLAH nak angkat darjat kita..itu la kata2 aku tiap kali aku temankan isteri aku.. fikir anak sayang.. kuatkan semngat awk @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saye kena tahan wad disbbkan positif DENGGI.. dan hampir dimasukan ke ICU.. saye mintak maaf sbb baru nak share benda ni,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Reza turut berkongsi isterinya terpaksa berada di hospital selama empat hari atas situasi yang berlaku.
“Ye tak ade mase nak hadap fone.. dan susah hati ape pon saye tak boleh buat.. 4 hari @rdr7_ terlantar dihospital dia kuat.. dah la dlm pantang.. badan masih lemah.. pastu kena denggi pulak.. #alhamdulillah
Ads
“Hari ini isteri saye dah pon berada dirumah.. dah boleh menyusu anak.. saye nak ucapankan terima kasih banyak2 pada keluarga saye dan mertua saye yg menbantu saye dari segi tenaga kewangan dan tak henti2 mendoakan isteri saye.. terima kasih semua,” tulisnya panjang lebar.
Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai nasib 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah.
Kesemua mereka didakwa telah menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang sepatutnya membawa jemaah untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah.
Perkhabaran ini nyata mengundang reaksi pelbagai di kalangan warganet. Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung insiden ini termasuk pelakon popular, Aaron Aziz.
Menurut Aaron, dia menyifatkan penipuan jemaah haji sebagai tindakan yang paling keji dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
“Sungguh biadap. Sungguh tak beramanah. Sungguh keji. Saya harap pihak berkuasa dan Persatuan Kebajikan dapat kutip penipu dan pembohong semua.
“Jom siapa yang solat Jumaat ramai ramai kita doakan utk mangsa mangsa yg ditiipu dan dipermudahkan urusan mereka,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Jelas Michael, sikap mereka ini seolah-olah tidak menghiraukan kepayahan dan kesusahan para jemaah yang telah bertungkus lumus mengumpul duit dan membuat persediaan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu.
“Banyak-banyak benda yang kamu semua nak menipu, janganlah menipu orang yang pergi umrah atau haji lebih-lebih lagi dari kalangan warga emas.
“Tak rasa bersalah ke menipu duit orang-orang tua tu? Secara seriusnya, anda tiada ibu bapa juga ke?
“Nak menipu pun pergilah menipu orang yang mudah tertipu atau nak cepat kaya,” ulasnya.
Rasa geram itu dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi entri terkini yang laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar nasib para jemaah ini dapat dibela.
“Betul sangat. Kesiannya. Semua simpan duit. Mereka ingat mereka akan sampai Mekah dengan duit yang dikumpul hasil penat lelah.
“Sampai hati buat begini pada mereka yang nak menunaikan haji. Simpanan sepanjang hayat. Ada yang bergolok gadai semata-mata nak jejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
“Kesian dekat diorang. Teringat kalau mak bapak kita yang kena.
“Mereka semua ini tiada hati dan perasaan.
“Setuju, hancur hati bila baca berita tentang ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan terkini Astro Awani, sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji terlibat berikutan isu penipuan ini.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.
Kesemua jemaah Haji itu berdaftar di bawah visa furada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz, Michael Ang & Fareez Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengurus kepada penyanyi Siti Sarah, Nana Mohd Rom dari Indigital Music memaklumkan penyanyi berkenaan bakal menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lebih awal selepas doktor memaklumkan paras oksigennya semakin baik.
Pembedahan dijangka bakal dilakukan kira-kira sekitar jam 2 petang.
“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yassin doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.
“Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.,” katanya.
Shuib menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini turut berkongsikan perkara sama sekaligus memohon doa semua.
Terdahulu awal pagi ini, penyanyi Manis yang kini sarat hamil tujuh bulan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Menurut Shuib, paras oksigen Sarah ketika itu tak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.
“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya.
Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manesitu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.
Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.
Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.
Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...