
Penganjur NEON Music Festival (NMF), NEON Projects Sdn. Bhd., secara rasmi mengumumkan barisan penuh bintang yang bakal menggegarkan festival muzik terbesar ini pada 11 April 2025 di KL Base, Sungai Besi.
Hardwell, DJ dan produser muzik legenda, tampil sebagai bintang utama festival ini, menandakan kembalinya ke Malaysia selepas tujuh tahun untuk membuat persembahan.
Peminat boleh menjangkakan setlist mantap termasuk lagu hit seperti Spaceman, selain mempersembahkan bunyi terkini yang menjadi fenomena iaitu Big Room Techno.
Persembahan Bersejarah!
Satu lagi kemunculan yang dinanti-nantikan termasuk ARTBAT, duo popular dalam dunia melodic techno yang terkenal dengan muzik berkualiti tinggi dan visual memukau.
Ini merupakan debut mereka di Malaysia, menjanjikan pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan.
Namun, kejutan terbesar apabila NEON bukan sahaja mengumumkan satu lagi nama untuk menghangatkan pentas, tetapi tiga sekaligus!
DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party akan bergabung dalam persembahan b3b (back-to-back-to-back) yang pertama seumpamanya di negara ini.
Gabungan ini menandakan peristiwa bersejarah dalam dunia Progressive House, dengan Third Party pula bakal membuat debut mereka di Malaysia.
Festival Bertaraf Antarabangsa
Dengan persembahan epik Hardwell, ARTBAT, dan b3b yang mencipta sejarah, NEON Music Festival 2025 bersedia untuk mendefinisikan semula pengalaman muzik elektronik secara langsung.
Acara ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga gabungan visual spektakular, bunyi berenergi tinggi, serta suasana festival bertaraf antarabangsa.
Bagi yang mengikuti NEON, pasti anda boleh menjangkakan suasana festival yang tiada tandingan, peluang bergambar tanpa had, pemasangan seni, serta penekanan luar biasa pada keselamatan, keselesaan, dan hospitaliti dengan jangkaan penonton seramai 20,000.
Harga tiket bagi pra jualan iaitu RM248 sudah pun habis terjual sementara Early Bird pula RM268 dan Jualan Umum Tier 1 (RM288), Tier 2 (RM328), VIP (RM458) dan VVIP pula tersedia atas permintaan.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di neonmusicfestival.asia dan boleh ikuti akaun rasmi mereka di media sosial untuk informasi terkini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI