
Pelakon senior, Jalil Hamid sehari lalu tampil meluahkan rasa hatinya mengenai sikap sesetengah produksi. Perkongsian tersebut dibuat Jalil menerusi entri Instagram miliknya.
Tulis Jalil, dia rasa terhina apabila ada produksi yang memberi tawarannya untuk berlakon mendukung watak utama. Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan tidak setimpal.
“Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7,8 award dan anugerah pelakun terbaik dan popular selama hampur 40 tahun,” kongsinya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Jali dan ada yang memberi semangat supaya bintang utama Bisik Pada Langit itu agar tidak patah semangat.
Foto: Instagram Jalil Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI