Peluang rezeki untuk memenangi sebuah kereta, syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama ChocoAlbab, iaitu produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin berkualiti kini melancarkan Kempen Beli & Menang Proton X70 buat julung kalinya.

Kempen berkenaan dilancarkan serentak dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2024 bermula Mei hingga November depan membabitkan empat lokasi termasuk di Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pengasasnya yang juga usahawan pempengaruh, Said Saiful Fazli berkata, kempen terbabit sebagai usaha menghargai peminat serta pembeli jenama berkenaan selepas tiga tahun berada di pasaran.

“Kita mencari pemenang bertuah di antara jutaan peminat jenama kami untuk memiliki kereta berkenaan yang bernilai lebih RM100,000. Kita juga mengutamakan jenama kereta tempatan sebagaimana kami terus memperjuangkan jenama ini sebagai milik bumiputera.

“Selari dengan tagline kami iaitu “living in joy” atau “hidup berbahagia”, kami sangat komited ingin membahagiakan orang ramai dengan jenama ini.

“Barangkali ada yang nak tukar kereta baharu, inilah peluang dan kesempatan yang ada untuk berbuat demikian. Siapa tahu kereta ini bakal menjadi milik anda,” katanya.

Said menambah, kempen ini cukup bermakna dan positif dalam memberi impak kepada masyarakat yang tidak memiliki kereta atau ingin bertukar kepada kereta baru untuk kegunaan keluarga.

“Mana tahu dengan hanya berbelanja RM29.90 mereka bukan sahaja dapat barangan kami malah dapat sertai peluang memenangi Proton X70.

“Mereka juga boleh meningkatkan peluang memenangi hadiah eksklusif itu dengan membeli lebih dari satu bagi melayakkan peluang mendapat lebih banyak penyertaan.

“Rezeki tak pernah salah alamat. Usaha kecil anda dengan bermula menerusi pembelian barangan kami dari harga ditetapkan mungkin akan mengubah segala-galanya,” katanya lagi.


Kata Said lagi, sepanjang mengikuti kembara siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 ini, mereka akan terus rancak mempromosikan produk dihasilkan.

Empat lokasi Karnival Jom Heboh terlibat ialah Putrajaya bermula 3 hingga 5 Mei ini, Melaka (28 hingga 30 Jun), Pulau Pinang (27 hingga 29 September) dan terakhir di Johor (1 hingga 3 November).

Untuk makluman, perkataan Albab di dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.

Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud “pintu”. Di mana Pintu itu memberi makna lebih tepat kepada ‘Pintu Rezeki’ dan ‘Pintu Kebahagiaan’.

Jenama ini juga bangkit ketika negara dilanda pandemik COVID 19 pada 2020 dan terus berkembang pesat hingga kini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI