Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Ketika ini, usia kehamilan bintang cantik itu sudah pun mencecah usia enam bulan dan dijangka bersalin Oktober depan.
Terdahulu menerusi Harian Metro, Fazura turut diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkannya ialah perempuan.
Dia bagaimanapun turut menjelaskan, ada juga yang mengadaikan anak lelaki.
“Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam dakwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan.
Ads
“Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.
“Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua,” katanya seperti yang dipetik.
Wanita berusia 37 tahun yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kesihatan ketika ini memandangkan dia tidak mengalami sebarang alahan.
Ads
“Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan.
“Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,” akui Fazura.
Terdahulu pada Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan kes langgar kontrak perjanjian antara dirinya dan sebuah syarikat produk kecantikan dan kesihatan.
Ads
“Saya sebenarnya gementar nak datang mahkamah dalam situasi Covid-19.
Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa gembira apabila kejayaan yang ditunjukkan para petugas barisan hadapan (frontliners) menjadi ‘wira’ negara berdepan menangani wabak pandemik, COVID-19.
Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut berkongsi sepotong video para petugas dalam sektor kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.
“Takpelah bagi lah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan. Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini!,” tulisnya.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma sekiranya terdapat majlis meraikan wira barisan hadapan itu.
“Kalau ada majlis meraikan semua Wira2 Frontliners ni, #paknil volunteer jadi Pengacara Majlis FOC!!! Tahniah Malaysia!”tulisnya.
Memuat naik dua hidangan di entri terbaru Instagram, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menyatakan dia tidak memiliki peralatan pinggan mangkuk mahal atau yang sedang tular.
“Sebaliknya lebih senang menggunakan pinggan percuma yang didapati apabila membeli produk penjagaan diri.
Malah jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, itulah pinggan yang digunakan semenjak mula berkahwin dan masih kekal sehingga ke hari ini.
“kite xde pinggan mahal2, pinggan viral pun xde.. pinggan free ubat gigi darlie je ada.
“Pinggan ni dari zaman memula kahwin dgn aeril lagi. masih ada lagi smpi skg,” kongsinya jujur.
Netizen turut memberikan reaksi dan menyatakan bagi seorang ibu dan isteri, bukan pinggan yang diukur sebaliknya hidangan yang dimasak dengan kasih sayang.
Foto : Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan ikon fesyen media sosial, Wak Doyok mengumumkan untuk melakukan jualan secara lelong serendah RM1 ekoran penutupan butik feysen hub pakaian yang menghimpunkan jenama selebriti terkenal, Starvilion.
Perkara tersebut dikongsikan Wak menerusi satu entri di Instagram pada Selesa, selepas tiga tahun jenama berkenaan beroperasi.
Pada masa sama, Wak turut sedekahkan kira-kira 5,000 pasang baju Melayu kepada frontliner.
Selain mendapat tawaran harga istimewa, golongan tersebut juga berpeluang mendapatkan baju Melayu secara percuma dengan datang ke butik pakaian berkenaan dengan membawa kad ID masing-masing.
“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni.
“Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini.
“Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thankyou,” tulisnya.
Bintang Abang Long Fadil 2 ini turut memberitahu jualan akan dilakukan bermula hari ini hingga esok.
“24hb Jun – 5hb Julai ni, @starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com.
“Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.
“Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah. Doa doa kan Wak dan team @starvilion.
“By the way, tag 11 kawan awak kat comment ni, Wak nak bagi Baju Melayu 11 pasang free untuk followers Wak yang sanggup share post ni, viralkan. Wak akan umumkan pemenang random setiap hari mulai 24hb Jun sehingga 5hb Julai,” tulisnya lagi sambil memberikan perincian cara pembelian.
Perkara sama turut dikongsikan wak menerusi satu hantaran di IG TV.
Dalam perkembangan lain, difahamkan butik pakaiannya itu akan ditutup sementara waktu sebelum memulakan kembali beroperasi yang dijangka akan dilakukan menerusi konsep berbeza dari sebelumnya.
Wak turut meminta ramai untuk sama-sama menyokong dengan membeli kesemua pakaian yang ditawarkan demi survival kira-kira 70 para pekerjanya yang bakal hilang pekerjaan.
Foto: Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!