Khadijah Abdul Rahman sudah pun pulang ke Malaysia selepas kira-kira berada selama tiga bulan di Indonesia untuk bersama-sama menantu, Bunga Citra Lestari serta cucunya, Noah Sinclair.
Dia bagaimanapun perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum kembali bertemu dengan suami serta anak cucu lainnya.
Terdahulu, anaknya pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
“Alhamdulillah. Umi is back home in Malaysia now. In quarantine next 14 days before going home. Thank you for taking care of Umi, Bunga, for almost 3 months in your home,” tulisnya menerusi satu posting di Instgaram.
Khadijah turut berkongsi sepanjang menemani balu arwah anaknya di sana, mereka mengisi masa bersama dengan membaca surah Yassin, bersolat, berpuasa dan meraikan Syawal bersama-sama.
“Syukur Alhamdulillah, Im grateful to spend so much time close to you and Noah and with your family too. To spend whole month of Ramadan, readBunga Cprayed together, sahur together and spent a most beautiful Eidil Fitri together.
“There was so much love for Alm Ashraf even he was not there but his presence was felt.
Its time for Umi to spend time with Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna and Shahnaz for they have missed Umi very much too!
Ads
“But Umi is not saying ‘good-bye’… InsyaAllah I will see you and Noah, soon. Take care. We love you forever,” titipnya lagi.
Entri tersebut menerima hampir 50,000 tanda suka sejak dimuat naik. Malah di ruangan komen, kebanyakannya turut mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf seisi keluarga.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul MenifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 nanti.
Menurut Datuk Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.
“ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan.
“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.
“Album terbaharu @CTNurhaliza11
3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,” tulisnya.
Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.
Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.
Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.
Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.
Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memulakan langkah sebagai anak seni sejak 2014 ketika menyertai pertandingan realiti Ceria Pop Star musim kedua, penyanyi dan komposer, Chubb-E tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam mengejar cita-cita.
Pernah menghasilkan single Aku Tak Kisah dan Kita Cuma Kawan, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy kini muncul dengan single solo ketiga berjudul Padan Muka.
Lagu bergenre urban Hip Hop yang juga hasil ciptaan sepenuhnya itu dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman FutureMusic Entertainment.
Menurut bintang berusia 20 tahun ini, lagu tersebut dihasilkan sejak Ogos tahun lalu dan lirik adalah mengenai kisah sebenar dirinya dalam mencapai impian sebagai pemuzik dan anak seni.
“Mengikut perancangan asal, lagu ini dicipta untuk saya berkolaborasi dengan penyanyi wanita asal luar negara. Masa jumpa dia, saya memang nak bekerjasama dengannya. Jadi, saya cuba cipta satu lagu yang sesuai dengan kami. Sebab itu ambil masa lama sebab nak cari nota lagu yang sesuai.
“Namun, lama kelamaan artis itu menghilang. Dalam masa sama, dia ada masalah tersendiri. Syarikat rakaman pula mendesak untuk saya keluarkan juga lagu ini dengan artis lain. Tapi, bagi saya lagu ini tak sesuai dengan penyanyi lain. Apabila fikir semula mungkin bukan rezeki saya untuk ‘feat’ dengan sesiapa. Jadi, saya keluarkan saja lagu ini secara solo.
“Lagu ini adalah kisah benar mengenai diri saya yang pernah dipandang rendah, diejek dan orang tak percaya boleh pergi jauh. Malah, kawan sekolah juga tak terlalu percaya dengan impian saya. Mereka pandang rendah dengan cita-cita saya. Sebab mereka berasakan terlalu pandai dan saya pula lemah dalam akademik.
“Tapi apabila sudah berjaya dan capai sasaran, tiba-tiba ramai datang termasuk yang pernah ejek dan pandang rendah. Dalam masa sama, orang boleh menjadikan lagu ini sebagai inspirasi dan kaitkan dalam diri masing-masing jika melalui perkara sama,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu itu, Chubb-E yang juga bekas juara program Ceria Megastar 2018 mengakui masih mengekalkan genre muzik sama yang disifatkan sebagai ‘forte’ dan identity dirinya.
“Dari dulu saya bermula dengan genre ini yang mana ia juga ‘forte’ saya. Macam mana sekali pun bunyi saya gunakan, ‘mood’ lagu saya bawa tetap ada bunyi Hip Hop. Tak boleh lari.
“Kalau buat pop balada sekali pun, tetap akan ada sentuhan bunyi Hip Hop. Ini adalah identiti saya sebab nak dikenali sebagai artis Hip Hop yang versatil. Ada juga saya buat lagu pop untuk artis lain, tapi bunyi Hip Hop tetap ada. Jadi saya akan kekalkan muzik ini,” katanya.
Bercerita mengenai kerjaya seninya, Chubb-E yang turut terbabit dalam program Dansa Sing bersama Youngsters Crew dalam perancangan untuk menghasilkan ‘mix tape’ atau album EP yang memuatkan lagu Hip Hop rap sepenuhnya.
“Perancangan akan datang, saya nak mencipta dan menerbitkan lebih banyak lagi lagu untuk artis lain. Bagi saya, perancangan untuk berkolaborasi dengan artis lain saya rasa belum masanya. Saya nak kena cukupkan lima single solo dulu.
“Saya juga merancang nak keluarkan ‘mix tape’ atau EP yang mengandungi keseluruhan lagu rap untuk peminat saya dengar. Genre lain, saya nak cuba pelbagai lagi, tapi masih ada sentuhan bunyi Hip Hop. Saya merancang nak cipta lagu yang lain daripada lain untuk pendatang baru seperti saya. Macam sekarang ramai komposer Hip Hop terkenal.
“Cuma, saya harap dengan kehadiran saya ini orang boleh bezakan kami. Saya punya bunyi lain, mereka pun lain,” katanya.
Video muzik lirik lagu Padan Muka boleh ditonton di saluran YouTube FutureMusic Entertainment.
Video muzik lirik yang dimuat naik sejak tiga minggu lalu itu ditonton lebih 30,000 kali tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!