Semalam bapa kepada pelakon wanita, Salina Saibi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8.15 malam.

Berita pemergian bapa Salina ini dikongsi sendiri oleh Salina di akaun Facebook miliknya.

“Al Fatihah, 8.15pm 9/7 2017, Papa dah meninggal dunia,” tulis statusnya.

Bapa Salina Saibi Meninggal Dunia

Menurut perkongsian Salina di Facebooknya lagi, pada 3 Julai yang lalu, bapanya sekali lagi dimasukkan ke hospital.

Bapa Salina Saibi Meninggal Dunia

Pada 6 Julai yang lalu, Salina memuat naik statusnya dengan berkata, mereka adik beradik ingin mendermakan hati buat bapa mereka.

IKLAN

“Kami adik beradik nak derma hati kami pun doctor kata dah tak boleh!! Papa……..,” tulisnya.

Bapa Salina Saibi Meninggal Dunia

Jenazah arwah bapanya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kpg Cheras jam 9 pagi tadi.

Terdahulu menurut sebuah portal, pada bulan Jun yang lalu, bapa Salina dengan secara tiba-tiba rebah selepas pitam ketika berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Selangor.

IKLAN

Salina memberitahu menerusi akaun Instagram miliknya, bapanya dengan segera dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.

Peminat menyampaikan ucapan takziah kepada Salina dan seluruh keluarganya.

Mohd Norazli Saidon: Innalillahiwainnailaihirojiun…Salam takziah dari azli sekeluarga…Tabahkan hati kak dan ahli keluarga…

IKLAN

Puteri Zubaidillah: Innalillahiwainalillahirojiun.. salam takziah kak Salina Saibi, semoga Allah mencucuri rahmat kepada Arwah. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin..

Farhanim Sabri: Innalillah Waainalillahhirojiun.. Salam takziah kak Salina Saibi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dlm golongan orang yg beriman.

Kami di MH Online juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Salina dan keluarga. Semoga arwah bapa Salina tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Facebook & Instagram Salina Saibi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI