Penyanyi, Lina Hanim berkongsi berita sedih buat para peminatnya menerusi Instagram apabila memaklumkan bapanya, Haji Abd Halim Haji Abd Razak telah kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.
“Ayah saya Haji Abd Halim Haji Abd Dazak telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
Ads
“Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah saya agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya,” tulis Liza.
Sementara itu, penyanyi senior ini juga turut memaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga sejurus selesai proses pengurusan jenazah.
“Jenazah arwah akan dibawa balik ke rumah malam ini selepas diuruskan oleh pihak pengurusan jenazah HUKM,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, penyanyi Merawat Luka Terpendam ini pernah berkongsi foto arwah bapanya yang terlantar di hospital sambil menyifatkan arwah adalah insan yang paling kuat pernah dikenalinya.
Sudah semestinya bila bergema takbir raya di pagi syawal, tidak kira selebriti ataupun netizen tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan solat aidilfitri.
Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Che Ta berkongsi gambar dia bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana ketika ingin menunaikan solat sunat aidilfitri di pagi syawal sambil bertelekung.
Alahai, bukan main manis lagi dua beranak ni bertelekung putih di pagi syawal, kelihatan sangat suci dan murni.
Untuk rekod, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan mudah menjadikan sesuatu impian itu sebagai satu kenyataan. Misalnya itulah yang boleh disimpulkan buat usahawan,Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi Instagram, penyanyi Abang Nak Tegur itu mengakui dirinya perlu ada azam dan impian bagi membeli rumah di kawasan elite, Pavilion.
Pada masa sama, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk. Sebaliknya hanya ingin berkongsi bahawa anak felda juga mampu menggapai impian jika berusaha.
“Lawa x rumah abag ni.. bebetul atas pavilion ..mudah abg nak shopping??? impian dan harapan.. dan berdiri dari hasil sendiri harapan.
“Haa impian dan jga harapan abg waktu baru nak up niaga… kdg kala ada org kata abag suka menunjuk. tetapi sbnrnya ramai org tk thu ini adalah impian abag mmpunyai antara rumah partmen paling mahal di malaysia ni.. di tgh2 kota kuala lmpur yg
“Abang ni asal kmpg felda kecau 1 dan teringin nak ada umah di tgh bndar… kdg rasa mcm tak logik rmah yg berkeluasan 3ribu Sft.. ini harganya hampir 6juta. tetapi ini adalah nilai yg perlu dibayar,” tulisnya.
Jelasnya lagi, rumah impian ini dibeli hasil simpanan KSWP.
“Dulu abag.. tanamkan azam klau ada duit yg lebih abag nakk ada rumah persinggahan abag sndiri.. weeknd house… syukur alhamdulillah ada dherb dan @as.legacymalaysia .. abag dpt mmbeli rumah ini hnya hasil duit KWSP abag..iyee duit kwsp abag.
“Lebih kurang 5 tahun abag niaga hasil dripada mnyimpan kwsp abag mndpt mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abag.. apa impian awak?????,” tulisnya panjang lebar.
Pengorbanan seorang ibu tak ternilai dan pelakon Shakilla Khoriri misalnya turut mengenang bagaimana kesukaran ibu bapa zaman dahulu dalam membesarkan anak-anak tanpa bantuan teknologi.
Mengakui bukan mudah uruskan menguruskan hal rumah tangga, namun ia bukanlah bebanan.
Sebaliknya ia menjadi satu pengalaman cukup hebat.
“Kadang aku terfikir jugak macam mana lah mak bapak kita besarkan kita semua dulu kan? Lagi2 yang adik beradik ramai.
“Dalam zaman yang serba kekurangan.
Kalau nak compare zaman dulu dan sekarang bila dah beranak jauh nau bezanya.
“Sekarang ni serba serbi depan mata.
Tak tahu, GOOGLE! Malas, ORDER je. Penat,Panggil helper.
“Tabikkkk betul aku pada mak2 kita dulu.
Demi Allah. Bukan senang nak menguruskan anak, rumah, suami dan diri sendiri dalam satu masa.
“Kalau lah aku ada kuasa nak aja aku cium dahi sorang setiap mak dalam Malaysia ni.
Kamu hebat !
“Tapi aku tak rasa terbeban pun dengan semua ni. Malah aku rasa FUN !
Pengalaman macam ni bukan datang selalu dalam hidup kita. Dan tak selalu rasa mandi jam 4petang. Tapi kau akan rasa lega bila semua kerja, anak dan suami dah settle.
Usihh….bau tenuk dihutan lagi harum,” tulisnya.
Malah, Shakilla turut terfikir apa yang akan jadi sekiranya dia kembali ke set penggambaran.
“Ni nanti kalau dah start shooting balik,
macam mana CARA dan penyusunan waktu supaya anak, suami, rumah, kerja dan diri sendiri SIAP dan teratur. Haaaa aku fikir kejap.
“To all mothers, YOU ARE THE BEST and YOU ARE THE HERO,” kongsi Shakilla panjang lebar.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.