Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan keadaan anaknya kini berada dalam keadaan baik berbanding dua hari lepas.
Nad yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak Isnin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru.
Menurut Zainal, pendarahan paru-paru yang dialami Nad semakin berkurangan namun ia masih dalam pemantauan rapi pihak hospital.
“Setakat dua hari lalu memang keadaannya teruk bagaimanapun hari ini apa yang saya nampak ada peningkatan yang positif.
“Kita harap dia akan okey pada hari akan datang sebab doktor sudah ikhtiar rawatan yang terbaik.
“Dua hari lalu dan semalam memang berlaku pendarahan tetapi hari ini ia semakin berkurangan. Cuma, dia masih ‘berlawan’ dengan ubat.
Ads
“Apa pun saya mengharapkan agar anak saya segera sembuh seterusnya tidak akan menggunakan alat pernafasan lagi.
“Keadaan ini berpunca daripada paru-parunya, yang lain semuanya okey. Bila dia mengalami pendarahan di paru-paru, itu yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
“Setakat ini, apa saya lihat keadaannya bertambah baik berbanding semalam,” katanya kepada MH ketika ditemui hari ini.
Terdahulu pada Isnin, proses menguruskan Nad ke hospital dilakukan Zainal sejurus mendapati keadaan anaknya itu semakin serius.
Ads
“Pada petang kejadian, saya yang mengambilnya dari rumah dan bawanya ke hospital.
“Sebelum ini, dia ada mengadu sakit-sakit cuma perkara itu tidak diberitahu secara serius. Bagi Nad mungkin ia boleh baik apabila makan ubat.
“Dia tidak pernah mengalami sakit yang teruk. Cuma sebelum ini dia disahkan positif covid-19 tapi tidaklah seteruk keadaan sekarang,” tambahnya.
Industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Ads
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.
Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Sementara itu, awal petang tadi pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Azzam Sham atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham selamat diijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
Dengan sekali lafaz, Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl.
Pasangan selebriti yang sebaya berusia 24 tahun ini telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya bernaung di bawah syarikat rakaman sama, telah pun mengikat tali pertunangan pada awal September lalu.
Mereka sepakat selepas mendapat persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas empat bulan dari tarikh pertunangan.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.
Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka hari ini yang akan dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil kecilan dan tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Meski berdebar Azzam bagaimanapun bersyukur kerana urusan hari bahagia mereka dipermudahkan.
Dalam pada itu, dia turut membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 menerusi lagu Cinta Jangan Pergi merancang untuk merakam single bersama isterinya selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecederaan teruk di bahagian muka yang dikongsi di laman Instagram menyebabkan ruangan komen penuh dengan reaksi netizen yang bimbang akan keadaannya.
Berkongsi paparan realistik filem terkini lakonannya, Sangkar, Remy memaklumkan sesiapa yang ingin melawatnya boleh datang ke pawagam berdekatan.
“Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam esok. Terima kasih! 29 August 2019 #sangkarmovie,” kongsi pelakon ini.
Mira Filzah, pelakon jelita yang pernah dikaitkan dengan Remy turut meninggalkan reaksi yang bikin netizen cair.
Melihatkan kecederaan pelakon Pujaan Hati Kanda ini, Mira bertanya sama ada dia memerlukan jururawat untuk merawat kecederaan.
“Perlukan nurse tak? Haha,” tulis Mira.
Pertanyaan tersebut dibalas Remy yang keliru, adakah di cantik jelita ini sedang memikatnya.
“Pick up line ke tu? Maaf saya orang tua,” balas Remy.
Netizen memberikan reaksi tersendiri melihat kemesraan pasangan ini.
Filem Sangkar ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini. Selain Remy, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Mira Filzah, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.