Pertandingan yang sudah wujud lebih 31 tahun sejak 1990 ini sudah banyak melahirkan anak seni berbakat di Malaysia. Nama seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Kamal Adli, Azhar Sulaiman dan Norman Hakim antara bakat yang dicungkil dari pertandingan ini.
Seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan sosial media, kini pertandingan pencarian bakat bukanlah satu-satunya cara untuk menonjolkan diri. Menjadi popular di sosial media seolah-olah satu platform mudah untuk dikenali.
Sehingga ada yang menyatakan bahawa pertandingan seperti ini sudah tidak relevan. Menjawab isu ini, Media Hiburan sempat bertemu dengan Datuk Rosyam Nor ketika penggambaran episod separuh akhir pertandingan itu.
Ads
“Sebenarnya kalau orang yang meminati dunia seni itu sendiri dan menjadi pelakon khasnya, mereka nampak bahawa platform Hero remaja adalah platform terbaik. Begitu juga jika kita lihat Dewi Remaja.
Daripada majalah remaja itu sendiri, banyak melahirkan bintang-bintang di Malaysia. Dan saya rasa platform ini harus dikekalkan kerana inilah salah satu cara mereka mengekspresi apa yang mereka ada untuk menceburi bidang hiburan,” jawabnya ringkas.
Top 4 Hero Remaja 2021. Dari Kiri, Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Mierul Aiman & Afiq Hamidon.
EMPAT FINALIS SAHAJA
Ads
Tahun ini menyaksikan hanya empat orang finalis sahaja yang berada di pentas akhir, berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana pentas akhir menampilkan lima orang finalis.
Jawabnya, “Empat orang yang kami pilih merupakan orang yang kita rasakan layak untuk perform di atas pentas secara langsung. Kita mengambil kira prestasi mereka daripada minggu pertama sampai sekarang. Empat nama ini dipilih dan kita merasakan mereka layak untuk perform.”
Ads
Menekankan kelainan yang akan bakal ada pada malam finale, pemilik rumah produksi Suhan Movies ini menyambung lagi, “Bukan yang lain tu tak boleh, tetapi kita tahu finale secara langsung bukan satu kerja yang mudah. Saya harap mereka dapat buat yang terbaik untuk menunjukkan kepada orang-orang di luar sana bahawa pemilihan juri dan produksi adalah tepat dan akan melahirkan bintang-bintang yang hebat bukan hanya mereka yang berada di pentas final, tetapi mereka yang sudah terkeluar awal juga sudah layak menjadi bintang di Malaysia.”
Kaka Azraff, Stacy & Aman Ra akan turut memeriahkan pentas Finale Hero remaja.
Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirai pertandingan malam ini. Episod terakhir rancangan realiti tersebut bakal disiarkan pada jam 9 malam di saluran Astro Ria. Malam finale ini akan dihoskan oleh juara Dewi Remaja 2019 dan Juara Hero Remaja 2020, Shaza Bae dan Nadhir Nasar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan, persalinan yang digayakab selebriti kita akan menjadi perhatian orang ramai khasnya bila menjelang Aidilfitri.
Hasil tinjauan MH di akaun Instagram milik selebriti dan usahawan terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, wanita cantik ini dilihat kekal mengenakan busana raya sedondon bersama keluarga sehingga ke hari raya Raya Aidifitri ke-5.
Jom lihat pelbagai pilihan warna telah menjadi pilihan Rebecca sekeluarga.
Raya Pertama (Jingga)
Raya Kedua (Merah Jambu)
Raya Ketiga (Coklat Terang)
Raya Keempat (Hitam)
Raya Kelima (Biru Terang)
Bukan itu sahaja, perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat perhatian serta pujian daripada peminat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cuti sekolah dan hujung tahun dimanfaatkan Elyana untuk menghabiskan masa bersiar-siar bersama dua anak perempuannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkongsi video mereka sekeluarga ‘bertukar angin’ menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke destinasi yang dituju.
“Ajar anak-anak naik train,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.
Dalam video itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mengimbau pengalaman di awal kerjayanya sebagai selebriti yang sering menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan utama untuknya bergerak ke lokasi penggambaran.
“Syok naik train, teringat zaman baru-baru jadi artis naik, pergi photoshoot, lepas sekolah naik train pergi KL, pergi shoot,” kata Elyana.
Elyana memulakan karier seni sejak berusia 14 tahun dengan tampil menerusi single pertamanya berjudul Niat.
Sekadar info, Elyana berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayah, 11, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerjaya sebagai pelakon menuntut mereka untuk sekurang-kurangnya mempunyai ingatan yang baik bagi membolehkan mereka untuk menghafal skrip yang diberikan.
Risau dengan keadaan dirinya yang kerap lupa, aktres Nabila Huda Suhaimi atau mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagramnya bagi mengatasi masalah yang dihidapinya itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh ‘menjejaskan’ karier lakonan yang dilakukannya lebih dua dekad lalu.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat… cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni… saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku… tolong saya,” tulis Abil menerusi Instagram Story.
Selepas meluahkan masalah itu di Instagram, Abil kemudiannya berkongsi tips-tips berguna yang diberikan peminat dan pengikutnya buat pengetahuan netizen yang lain.
Menurut Abil selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...