Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak dapat menahan sebak selepas akhirnya berpeluang berjumpa dengan ahli keluarganya setelah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.
Inisiatif tersebut terpaksa dilakukan oleh Datuk Fazley sebaik sahaja pulang daripada Singapura selepas tamat menjalani pengambaran sebuah program bagi memastikan ahli keluarganya terhindar daripada wabak COVID-19
Menurut Datuk Fazley, 30 hari tanpa anak-anak dan isteri ternyata amat menyiksakan jiwanya.
Sepotong video yang merakamkan figura pelakon senior, Wan Maimunah menitiskan air mata saat menerima kunjungan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor nyata menyentuh hati ramai.
Bintang televisyen yang kini mencecah usia 67 tahun itu dilihat tidak mampu menahan sebak saat diziarahi.
Memetik Berita Harian, Wan Maimunah menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian pada saat seluruh warga di negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Video perkongsian hati Wan Maimunah itu turut dimaklumkan daripada perkongsian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin di platform Instagram.
“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.
“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya seperti yang petik.
Sementara itu, Ustaz Sheikh Muhammad turut berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan.
Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.
“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.
“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya kepada Berita Harian.
Pada masa sama, ustaz tersebut difahamkan turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.
Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite yang mengenal pasti nama-nama pelakon veteran yang memerlukan bantuan.
Selain Wan Maimunah, Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa sahabat ada mengunjungi Datuk Wazata Zain, Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Sophia Ibrahim, Mak Jah, S Rohani, Mimi Loma, S Mariam, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.
Tidak terkecuali, sumbangan yang mula diedarkan sejak awal April ini disampaikan kepada penggiat teater dan kru balik tabir.
“Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini,” ujarnya lagi.
A post shared by tengku khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on
Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.
Sumber/Foto: Berita Harian, Instagram Tengku Khalidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 kini telah memasuki fasa ke-4 penguatkuasaan.
Pelakon, Ezzaty Abdullah ada berkongsi cerita perihal kisah percutian yang dirancang, bagaimanapun ia tidak dapat diteruskan atas situasi semasa yang berlaku.
“Patut birthday anak ibu last year kita jalan2 tapi schedule ibu busy nak cari duit. Rezeki jgn di tolak kata org.
“Pastu plan travel masa birthday ibu tapi ade Covid19 pulak,” katanya.
Di samping itu, bintang filem Kau Takdirku itu meluahkan rasa kerana tidak berpeluang membawa anaknya, Harum Dahlia bercuti sebelum tempoh PKP dijalankan.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini juga turut merancang untuk membawa permata hati bercuti di dalam negara bila semuanya kembali seperti biasa.
“Hmmm nampak gayanya lagi 3 ke 4 tahun lah baru kita dapat travel balik, Harum.
“Menyesal pulak bulan 12 haritu x luang masa dgn Harum bwk jalan2.
“Skrg ibu luang masa dengan Harum dekat rumah je la ye. Kita jalan2 dalam rumah.
“Tahun depan kalau dah habis covid kita jalan2 dlm Malaysia dulu sampai betul2 sembuh 355% baru kita ke oversea ok.
“Masa tu nanti Harum dah boleh baca caption ibu ni. Hahahaha,” tulisnya.
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah memaklumkan berita sedih mengenai bapa kepada suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo telah meninggal dunia.
“1934-2020 Innalillahiwainnaillahirojiun
Selamat Tinggal Ayah.
“Terima kasih kerana mendidik suami ila jadi macam Ayah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi ucapan salam takziah kepada Sheila.
Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj. Yahya dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.