Pelakon, Ashraf Muslim berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk meraikan Aidilfitri.

Menurutnya, sudah beberapa bulan tidak berjumpa kerana dia sebelum ini disahkan positif COVID-19, sekembalinya dari menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan Mac lalu.

“Weekend baru ni blk kampung jumpa family dan dapat berkumpul bersama-sama setelah berbulan-bulan x jumpa. Seronok rasanya.

“Semoga Allah tidak menarik kasih sayang dan hidayah yang telah diberikan kepada kami selama ini dan lindungilah kami ya Allah,” tulisnya.

IKLAN

Bertemakan rona hijau, Ashraf bersama kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi serta anak-anak merakam momen indah bersama famili.

IKLAN
View this post on Instagram

Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza. Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya. Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30pagi. Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih…Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini. Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah… amin. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. . . #SelamatHariRayaMaafZahirBatin @ashrafslegacy #salamsayangsampaikesyurga #CovidFighter

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Terdahulu, Ashraf, 39, dirawat di hospital itu sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 lalu terpaksa menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

IKLAN

Untuk rekod,  Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI