Umum mengetahui perkahwinan di antara Putera Mateen atau nama penuhnya Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Anisha Rosnah yang bakal berlangsung bulan ini.

Beberapa hari lalu, putera raja negara Brunei Darussalam itu memuat naik gambar dirinya bersama Anisha lalu menjadi sorotan ramai yang memuji penampilan dan keserasian mereka berdua.

Bakal Berkahwin Dengan Putera Mateen, Ini Fakta Menarik Tentang Anisha Rosnah
Anisha cantik dalam persalinan tradisi Brunei ketika majlis perkahwinan bakal kakak iparnya, Puteri Azemah.

Jom kita kenali serba sedikit tentang bakal suri hati Putera Mateen ini.

IKLAN
  1. Nama penuh Anisha ialah Dayang Anisha Rosnah binti Adam. Beliau juga popular dengan nama Anisha Isa-Kalebic.
  1. Nama Isa-Kalebic merupakan gabungan nama keluarga sebelah ibu dan ayahnya.
  1. Mendapat pendidikan di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara. Anisha juga merupakan seorang usahawan.
  1. Beliau memiliki perniagaan fesyen yang dikenali dengan nama Silk Collective. Busana yang dijual jenama ini menampilkan pakiaan yang dihasilkan daripada sutera.
  1. Selain itu, Anisha turut mengusahakan sebuah agensi pelancongan bersama temannya. Agensi tersebut dikenali sebagai Authentiary.
  1. Gadis cantik ini mengenali Putera Mateen sejak kecil lagi lantaran persahabatan yang terjadi di antara kedua keluarga.
  1. Abangnya, Daniel Isa-Kalebic merupakan salah seorang teman rapat Putera Mateen.
  1. Beliau merupakan cucu kepada Pehin Dato’ Haji Awang Isa bin Awang Ibrahim yang merupakan penasihat khas Sultan Brunei.
  1. Majlis pernikahan Dayang Anisha Rosnah bersama Putera Mateen akan berlangsung pada 11 Januari 2024.

Acara perkahwinan pasangan Diraja ini bakal bermula pada 7 Januari sehingga 16 Januari. Ketika ini persiapan sedang giat dilakukan.

Semoga berbahagia ke akhir hayat!

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI