Penyampai dan Pengurus Besar Radio Suria FM, DJ Lin menafikan dakwaan iri hati dengan bekas penyampai, Tyzo sehingga tidak mahu mencalonkan nama anak buahnya itu untuk bertanding di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 bagi kategori Penyampai Radio Popular.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, nama-nama penyampai yang dihantar telah dipilih secara teliti bersama pihak pengurusan tertinggi.

“Itu Bukan Keputusan Saya Seorang,” – Didakwa Tak Calonkan Nama Tyzo Di ABPBH, Ini Jawab Dj Lin

“Perasaan dengki dan iri hati itu tiada. Dalam menentukan senarai nama (ABPBH) yang kini menjadi isu yang diketengahkan, itu bukan keputusan saya seorang. Bukan saya yang buat keputusan.

“Perbincangan dan persetujuan itu datang daripada pengurusan tertinggi. Ini adalah keputusan pihak stesen radio. Jadi, saya disalahkan.

“Anda semua kena tahu yang kita mempunyai beberapa kriteria dan faktor yang diambil kira dalam memilih senarai nama yang dihantar,” katanya kepada MH.

Penyampai segmen Suria Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Ruang Udara Suria yang berlangsung di Menara Star pada Jumaat.

IKLAN

Katanya lagi, dia turut tumpang gembira dengan kemenangan tersebut dan Tyzo juga telah diraikan bersama keluarga Suria FM.

“Selepas berakhirnya anugerah itu, saya sendiri yang mengarahkan anak-anak buah saya daripada team digital Suria FM untuk hebahkan di media sosial.

“Kita bangga kerana dia merupakan produk daripada Suria FM yang menang kategori itu. Saya juga arahkan untuk adakan sesi makan-makan dan buat kejutan untuk dia.

“Buktinya ada di platform media sosial saya. Saya juga ada berucap untuk mengucapkan tahniah. Posting tersebut masih kekal sehingga hari ini.

IKLAN

“Netizen boleh tengok sendiri dan baca kepsyen saya. Dia juga ada membalas ucapan tersebut di ruangan komen,” katanya lagi.

“Itu Bukan Keputusan Saya Seorang,” – Didakwa Tak Calonkan Nama Tyzo Di ABPBH, Ini Jawab Dj Lin

Sementara itu, Dj Lin akui terkilan selepas didakwa menganiya Tyzo sehigga kontraknya tidak disambung.

IKLAN

Malah, video tersebut juga turut tular dan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

“Saya naik ke konti untuk mengucapkan terima kasih memandangkan itu hari terakhir dia di Suria FM.

“Pada ketika itu saya bukan datang sebagai penyampai tetapi Pengurus Besar Suria FM yang mewakili anak buah dan pengurusan tertinggi.

“Jadi, bila dia melafazkan kalimat itu di hadapan muka saya, saya tergamam. Rasanya orang lain di konti juga sama. Tak sangka perkata itu keluar daripada mulutnya.

“Apa yang boleh saya buat? Saya tak boleh nak menghalang tindakkannya itu. Cuma saya sedih dan tak tahu apa salah saya pada dia. Saya anggap dia macam adik sejak kami kenal daripada 2006,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI