Penampilan penyanyi Aina Abdul dalam konsert minggu ketiga Big Stage 5 (BS5) sekali lagi dikritik netizen.

Menerusi rancangan tersebut, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang berperanan juri tetap telah dikecam ramai gara-gara fesyen busana berwarna merah jambu dikatakan menganggu pandangan penonton di sekelilingnya.

Minggu lalu, penyanyi lagu Sumpah ini telah dikecam kerana memakai perhiasan di kepala yang terlalu tinggi sehingga menganggu pemandangan orang yang duduk di belakangnya.

Menerusi gambar OOTD yang dikongsi Aina di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen menegur Aina agar tidak lagi menghalang pandangan orang lain yang mungkin terganggu dengan baju yang digayakannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

IKLAN

“Minggu lepas block pemandangan orang belakang sebab tinggi sangat headgear. Sekarang block kiri kanan pula sebab ada sayap.

“Dah tak bengkak kepala, bengkak bahu pula.

IKLAN

“Dulu minat.. sekarang ni no komen. Kena fikirkan hati penonton juga. Datang nak tengok show, bukan baju juri, fikir-fikirkanlah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

IKLAN

“Cantik, tapi kalau boleh jangan sampai menghalang pandangan penonton dekat belakang. Kasihan mereka nak tengok dnegan lebih jelas.

“Orang kiri, kanan pula tak nampak,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI