Penyanyi Azharina Azhar memberikan penghormatan dan dedikasi terakhir buat rakan artis yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook, hubungannya bersama arwah rapat dan saling bertanya khabat sejurus sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).

“Baik Hati Selalu Tanya Khabar, Bagi Nasihat Suruh Jaga Diri…,” – Sama-Sama Sertai GV3, Azharina Kenang Allahyarham Gmie Screen

“Asalamualaikum. Seorang Abang yang baik hati selalu tanya khabar Nina. Selalu bagi nasihat suruh jaga diri dan anak sebab dia tahu Nina duduk sendiri. Dari 2016 mengenali abang Gmie, kami sama-sama di GV3.

“Dia dan abang Ameng yang rapat dengan Nina waktu kami sama-sama di GV. Sedih sayu rawan rasa hati bila hari ini menerima berita abang sudah tiada,” tulisnya.

IKLAN

Penyanyi lagu Elergi Sepi ini turut menitipkan doa, mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Semoga Allah Taala menempatkan roh abang di sisi orang beriman, senantiasa melapangkan kubur dan dijauhi azab kubur. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatehah buat Arwah Abang Gimie Screen.

“Takda dah orang bawa Nasi Ambeng lepas ni kat Nina,” tulisnya lagi dan disusuli doa serta ucapan takziah dari peminat pada ruangan komen.

IKLAN

“Baik Hati Selalu Tanya Khabar, Bagi Nasihat Suruh Jaga Diri…,” – Sama-Sama Sertai GV3, Azharina Kenang Allahyarham Gmie Screen

Terdahulu Awani melaporkan, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

IKLAN

Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans sebelum ini.

Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI