Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang kononnya, dia mengadakan majlis penyerahan zakat bagi menutup isu sensasi yang melibatkan dirinya sejak dua minggu lalu.

Aliff yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza kelima (GV5) terpalit dengan kontroversi apabila memberi kenyataan mengenai fizikal seorang penyanyi dan penonton. Bagaimanapun, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu.

“Saya gembira sangat hari ni telah diadakan bantuan kepada hampir 1000 orang untuk pelajar fakir miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Kos yang saya salurkan sejak sekian lama lebih RM1.5 juta, tapi hari ini saya salurkan lebih kurang dalam RM100,000 sebab ia dibuat secara berperingkat. 

“Mereka yang terpilih adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM1,200. Bagi saya adatlah, saya sendiri bergurau tapi kalau tak boleh terima saya minta maaf. Tak ada kena mengena kalau nak dikata nak tutup isu.

“Jadi, majlis yang berlangsung bukannya untuk menutup isu tersebut sebab ia sudah pun dirancang lebih enam bulan dan mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). Apa yang saya buat ni pun adalah untuk hari akhirat. Saya ni jahil, jadi adalah bahagian saya untuk akhirat.

IKLAN

Pada masa sama, Aliff turut memberitahu tujuannya menguar-uarkan mengenai program amal tersebut adalah untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada masyarakat.

IKLAN

“Zakat memang wajib diuar-uarkan dan orang yang menyebarkan mengenai perkara ini juga dapat pahala sebab niat kita nak bagi usahawan lain untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Supaya orang Islam ini dipanjang lebih hebat. Saya pun ada juga bawa beberapa jutawan dan mereka pun berminat untuk buat benda sama,” katanya kepada MH.

IKLAN

Malah, Aliff turut merancang untuk melaksanakan program sedemikian di beberapa buah negeri lain selepas ini.

Dalam perkembangan lain, konsert akhir GV5 bakal bersiaran pada 18 November depan dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Untuk lebih lanjut, ikuti temu bual penuh bersamanya menerusi FB Live MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/337615360390309/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI