Siapa sangka yang Milla Jovovich sebenarnya sudah mencecah usia 45 tahun. Bintang dan model yang terkenal dengan rangkaian siri filem Resident Evil ini nampaknya tidak makan dek tua.

Terbaru dia memuatnaik satu gambar dilaman Instagram bersama anak sulungnya , Ever, yang kini menginjak usia 13 tahun. Ternyata ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi bukan? Penampilan Ever yang sudah menginjak dewasa semakin kelihatan seperti ibunya. Sekali pandang macam adik dengan kakak pula.

Bagaikan Kakak Dengan Adik, Penampilan Milla Jovovich Dan Anak Sulungnya Tarik Perhatian

Dalam hantaran tersebut, Milla dan Ever baru sahaja selesai sesi mendandan rambut di salun. Hasil potongan rambut paras bahu itu menyerlahkan lagi gaya dua beranak ini. Ucap Milla dalam hantaran tersebut, “Potongan rambut baharu ibu dan anak oleh wanita menakjubkan @stizzyho di salun baharunya @cutlerwesthollywood. Terima kasih sekali lagi kerana melayan kami.”

IKLAN

Bagaikan Kakak Dengan Adik, Penampilan Milla Jovovich Dan Anak Sulungnya Tarik Perhatian

Mengikut jejak langkah ibunya di dalam dunia seni, Ever sudah pun memulakan langkahnya sebagai seorang pelakon. Dia memegang watak sebagai Natasha Romanoff ketika muda dalam filem Black Widow dan selepas ini aktres muda tersebut bakal muncul di dalam filem Peter Pan and Wendy yang akan disiarkan di saluran Disney+.

IKLAN
Bagaikan Kakak Dengan Adik, Penampilan Milla Jovovich Dan Anak Sulungnya Tarik Perhatian
Keluarga bahagian Milla

Ever merupakan anak anak sulung hasil perkongsian hidup Milla bersama suaminya, Paul WS Anderson. Selain Ever, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan, Dashiel dan Oshan yang masing-masing berusia enam dan setahun setengah.

Bagaikan Kakak Dengan Adik, Penampilan Milla Jovovich Dan Anak Sulungnya Tarik Perhatian

IKLAN

Bagaikan Kakak Dengan Adik, Penampilan Milla Jovovich Dan Anak Sulungnya Tarik Perhatian

Sedikit info mengani Milla, selain aktif dalam dunia lakonan dia juga tidak pernah meninggalkan kerjayanya sebagai seorang model. Baru-baru ini dia telah berjalan di pentas fesyen Balmain sempena meraikan 75 tahun usia jenama fesyen tersebut.

Sumber: Instagram Milla Jovovich

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI