Ads

“Baba Loves You So Much,” – Peluk Cium Jebat Jayden, Rindu Sharnaaz Ahmad Terubat

Perkongsian terkini pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya pada Isnin mencuri perhatian ramai.

Di dalam video pendek tersebut, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu dilihat mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden sambil menciumnya beberapa kali.

Malah, Jebat juga seakan turut merindui bapanya apabila tidak melepaskan Sharnaaz dari pelukan.

“Im okey Insya-Allah. Baba loves you so much,” tulisnya ringkas.

Ads

Difahamkan, posting berkenaan dibuat sebaik aktor itu dibebaskan dengan jaminan polis susulan dakwaan satu kes yang berlaku di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, berkata, dia sangat merindui anak tunggalnya itu dan menyifatkan isu yang berlaku sebagai satu dugaan.

Ads

“Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah,” katanya sambil menuju ke sebuah kereta di luar IPD berkenaan.

Sehingga kini, video terbabit sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka dengan pelbagai komen yang telah ditinggalkan netizen.

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

“Saya Berserah, Kalau Satu Hari Dia Boleh Terima & Memaafkan…”

Kahwin Muda? Elisya Sandha; “Kalau Dah Jodoh, Siapa Kita Untuk Tolak?” | MH Lifestyle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Caitlin Halderman Simpati Keadaan Jerebu, Harap Berakhir Segera – “Saya Sangat...

Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.