Selepas pemergiannya, terus-terusan kisah mengenai betapa pemurahnya Allahyarham penyanyi Adibah Noor terus diperkatakan ramai.

Berkongsi cerita dengan MH, seorang pengamal media, Opie Sofia berkongsikan kisah bagaimana arwah membantunya untuk mencukupkan tabungan umrah pertamanya pada sembilan tahun lalu.

“Saya mula mengenali kak Dib (panggilan untuk Adibah) atas hubungan wartawan dan rakan artis. Kak Dib juga suka membaca nukilan saya di Twitter.

“Dari nukilan itu, beliau memberi idea untuk saya hasilkan lirik lagu berdasarkan lagu yang digubah oleh Azlan Abu Hassan.

“Ketika menghasilkan lirik berkenaan, tidak ada perjanjian berapa amaun yang akan diberikan kepada saya. Namun dalam masa sama, kami sering berhubungan bertanya khabar.

Adibah Noor Tak Lokek, Rupanya Pernah Bantu Penulis Lirik Cukupkan Tabung Untuk Kerjakan Umrah

IKLAN

“Sebaik mengetahui saya sedang mengumpul wang untuk menunaikan umrah, beliau memasukkan wang yang mencukupkan tabungan saya,” katanya.

Tambah Opie, arwah juga sangat pemurah dan tidak lokek memberi imbuhan sekiranya diberikan tawaran kerja.

“Kalau saya bantu arwah dapatkan persembahan, dia mesti beri sedikit wang sebagai token dan amaun itu bukan sedikit.

IKLAN

“Kami juga berkongsi minat yang sama terhadap kucing, jadi selalu juga berhubung dan bertukar cerita… cuma sejak kebelakangan ini kami jarang berhubungan.

“Apa pun, pesanan beliau untuk saya terus menulis, tidak akan dilupakan,” ujarnya.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.

IKLAN

Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang didiagnosis pada tahun lalu.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada jam 11.30 pagi Ahad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI