Pelakon, Ummi Nazeera memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aneesah mengalami kecederaan kecil ketika sedang bermain, pada Rabu.
Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah, akibatnya, Ayra mengalami luka dan dagunya terbelah dan akan menjalani pembedahan pagi tadi.
Ummi mengharapkan ramai mendoakan urusan anak perempuannya agar dipermudahkan.
Ads
“Semalam main lasak sangat sampai jatuh, dagu terbelah. So kena jahit this morning. Tolong doakan Ayra Aneesah pls. May Allah make it a successful surgery. Ameen. @ayra.aneesah @izzar,” tulisnya.
Penyanyi, Nana Sheme mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyipan hasrat untuk melebarkan sayapnya bagi menceburkan diri di dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, jika diberikan peluang, dia sebolehnya mahu menimba ilmu terlebih dahulu supaya dia lebih bersedia sebelum melangkah ke set pengambaran.
Katanya lagi, persediaan merupakan aspek yang sangat penting supaya tidak kelihatan kekok atau ‘kayu’ sewaktu menjayakan sesebuah watak.
“Nana dah lama dah pendam ni. Ingin sangat nak try berlakon. Cuma kalau boleh nak masuk class dulu, ambik ilmu so takda la kayu kan.
“Jadi supporting ke, boleh gain experience hehe. Kalau ada sesiapa yang tahu any acting classes or ada casting boleh share dengan Nana okay?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hantu Atau Buaya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas penyanyi asal Kuching, Sarawak itu lagi, dia juga bersedia untuk menyertai mana-mana kelas lakonan dan sesi ujibakat (casting) bagi mengasah bakatnya sebagai seorang pelakon.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Nana berlakon di kaca televisyen.
“Nak sangat tengok Kak Nana jadi pelakon dekat drama.
“Semoga dipe segala usaha.
“Kami lihat Nana memang ada bakat. Teruskan berjuang.
“Jangan, nanti kalau Nana berlakon saya tak boleh nak jauh daripada tv,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar penyanyi, Nana juga turut aktif menerusi saluran Youtube miliknya iaitu Nanasheme.
Malah, baru-baru ini juga, Nana turut telah menerima ‘silver play button’ daripada pihak YouTube setelah berjaya meraih lebih 100,000 subscribers.
Kalau anda penggemar siri asal Charmed, pasti kenal benar dengan Shannen Doherty yang membawa karakter Prue Halliwell yang merupakan kakak sulung dari tiga beradik ahli sihir yang baik.
Sempena dengan bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser payudara, pelakon ini telah berkongsi kisahnya dalam melawan penyakit tersebut. Pada tahun 2015 dia telah disahkan menghidap kanser payudara yang kemudiannya merebak ke bahagian nodus limfa.
Sehingga kini dia masih lagi bergelut dengan penyakit tersebut apabila disahkan sudah berada di tahap empat. Namun dia kekal positif dalam menghadapi rawatan dan dugaan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 50 tahun ini memuat naik gambar wajahnya yang pucat, botak dan keadaan hidung berdarah kesan dari proses radioterapi dan kemoterapi yang dilalui.
Kongsinya, “Untuk bulan kesedaran barah payudara, saya ingin berkongsi lebih banyak perjalanan peribadi saya dari diagnosis pertama hingga kedua. Adakah semuanya indah? TIDAK! Tetapi benar dan harapan saya untuk berkongsi agar kita semua menjadi lebih berpendidikan, lebih memahami apa sebenarnya kanser.
“Saya harap saya berjaya mendorong anda untuk mendapatkan mamogram, melakukan pemeriksaan berkala, untuk mengatasi rasa takut dan menghadapi apa sahaja yang mungkin ada di hadapan anda.”
Bercerita dengan lebih lanjut, Shannen juga mengimbau kembali kenangan dia ketika mula-mula mengetahui dirinya menghiadapi penyakit ini dan apa yang dilakukan untuk kekal positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan agar membantu kesihatan mentalnya.
Ujarnya, “Pada tahun 2015 saya disahkan menghidap barah payudara. Saya menjalani mastektomi (proses buang payudara) dan melakukan kemoterapi dan radioterapi. Saya mengalami banyak pendarahan hidung dari kemoterapi. Tidak pasti jika ada di antara anda yang mengalami ini. Saya juga terlalu letih. Saya menggembirakan diri dengan mengenakan baju tidur lucu yang diberikan oleh rakan saya, Kristy. Adakah perkara itu benar-benar menghiburkan saya? Ya!
“Saya kelihatan tidak masuk akal dan dalam keadaan tidak masuk akal itu, saya mentertawakan diri sendiri. Mencari perkara melucukan membantu saya melalui apa yang kelihatan mustahil.”
Sumber: Instagram Shannen Doherty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permohonan ikat jamin anak sulung Shah Rukh Khan telah dinafikan oleh mahkamah Khas Mumbai hari ini. Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah mungkin akan menyambut cuti umum Deepavali di sebalik tirai besi.
Ini kerana pihak mahkamah akan bercuti sepanjang awal November bagi sambutan perayaan terbesar yang disambut rakyat India itu.
Penolakan permohonan ikat jamin ini dilihat sebagai satu indikasi yang pihak berkuasa India mengambil serius hal tersebut dalam usaha mematahkan sindiket dadah yang berleluasa.
Walaupun begitu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai. Kedua-dua mereka teguh dengan hujah yang tiada sebarang dadah berada dalam simpanan Aryan ketika serbuan dilakukan pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) di atas kapal persiaran yang dinaiki jejaka berusia 23 tahun itu di pantai Mumbai.
Dalam satu dokumen yang dilaporkan oleh India Today, dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Aryan terlibat dengan penggunaan dadah terlarang.
“Ada banyak bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp tertuduh no. 1 (Aryan Khan) dengan warga negara asing dan orang yang tidak dikenali yang berurusan dengan dadah. Terdapat rujukan dadah keras dan jumlah besar dalam perbualan WhatsApp yang tidak dapat digunakan untuk dimakan, dengan orang yang tidak dikenali yang disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket dadah antarabangsa, “kata perintah mahkamah itu.
Anak bintang Bollywood terkenal ini ditangkap oleh pihak NCB pada 3 Oktober lalu bersama tujuh tertuduh yang lain.
Untuk pengetahuan para pembaca. Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri, berkahwin berlainan agama. Anak-anak mereka didedahkan dengan ajaran Islam dan Hindu serentak dan mereka menghormati serta menyambut perayaan kedua-dua agama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.