Ayda Jebat Jawab Dakwaan Simbol Illuminati

Hari ini pelakon dan penyanyi wanita, Ayda Jebat bakal muncul dengan single terbaru berjudul Mata. Pada judul lagu tersebut terdapat lambang mata dan ada yang mengatakan ianya kelihatan seperti simbol Illuminati.

Memetik daripada sebuah portal hiburan, Ayda tampil untuk menafikan spekulasi yang tersebar sekarang ini.

Kata Ayda, jika diperhatikan dengan baik lambang mata tersebut bukan simbol Illuminati tetapi ia adalah gabungan beberapa nombor yang kelihatan seperti mata.

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Nombor itu adalah rahsia di sebalik simbol mata dan terdapat maksud yang ingin disampaikan. Mata boleh diertikan sebagai ‘markah’ atau ‘point’ dalam sesuatu pertandingan.

 

“Pada masa sama mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan,” katanya.

Melihatkan pula perkongsian gambar promosi lagu Mata ini di akaun Instagram milik Ayda sendiri ada di antara pengikutnya di laman sosial tersebut telah meninggalkan komen tentang lambang mata tersebut memang kelihatan seperti simbol Illuminati.

IKLAN

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

umyfarra: Takut pulak tgok logo mata tuu. Skali tgok macam iluminati. Btw, semoga terus sukses ayda jebat. love yaa

akma.ahmad: sebijik illuminati. lagi taknak ngaku. mashaaAllah. nauzubillahminzalik

itsjimx_: illuminati. confirmed

dowl_lah: Disebabkan saya ni melayu,so lambang mata tu sy nmpk dajjal 

Namun ada juga pengikutnya yang memuji lambang mata ini.

IKLAN

dedebibik: Waww cannntiikk n seksi

cempakaareesha: Amazing..gud luck n all the best for ur new song #mata  @aydajebat

wilayahpermotoran: Cantikk dear 

Sumber: Harian Metro & Instagram Ayda Jebat