Awal hari ini, senarai Top 5 Era Digital Muzik Awards (EDMA 2018) telah diumumkan. Fasa kedua undian EDMA 2018 berlangsung hari ini, sehingga 23 Januari 2019 setelah undian fasa pertama selesai semalam.
Lalu, lima calon terbaik yang disenarai pendek akan terus ke fasa kedua undian dan bakal bersaing merebut gelaran juara bagi kategori masing-masing.
Jadi, ini dia Top 5 enam kategori yang dipertandingkan;
EDMA 2018 menyaksikan tahun ketiga stesen radio ERA yang memberi pengiktirafan kepada artis tempatan termasuk yang merangkumi artis viral di media sosial.
Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018, layari laman sosial ERA di Facebook, Instagram, Twitter atau layari www.era.je.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Haneesya Hanee, ditarik gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/19, hari ini. Penarikan gelaran berkenaan telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang dilakukan di Nu Ideaktiv, Shah Alam tengah hari tadi.
Haneesya yang hadir mengenakan pakaian serba hitam dilihat relak, meski bersedih atas apa yang berlaku.
Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman menerusi sidang media tersebut menjelaskan, pemenang tempat kedua pencarian gadis itu, Tia Sarah masih kekal mendukung status sebagai pemenang tempat kedua Dewi Remaja.
Secara ringkasnya, tiada sesiapa yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu-satu pemenang sahaja.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/19), tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Faveroite.
“Tiada sesiapa daripada mereka yang akan mengganti atau menyandang gelaran tersebut kerana status itu telah jelas milik Haneesya. Tetapi berikutan insiden yang berlaku kami mengambil pendirian untuk tidak meletakkan pengganti bagi kekosongan berkenaan.
“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak mempunyai pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini. Hanya pencarian yang akan datang, kami akan tabalkan penyandang kesepuluh.
“Jadi finalis lain yang mempunyai gelaran akan terus mewakili jenama ini dalam sesi sidang media, bertemu pihak penaja atau sebarang keperluan berkaitan Dewi Remaja pada masa akan datang,” jelas Editor Pengurusan, Fiezreen Ahmad.
Pada masa sama, Faiz mewakili Nu Ideaktiv turut kesal terhadap apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ia terjadi setelah pemenang terbaru dimumkan. Perkara telah pun berlaku dan dirasakan tindakan sewajarnya perlu diambil.
Sementara itu, turut diperjelaskan bahawa video tular berkenaan berlaku sebelum pertandingan akhir berlangsung. Ia terjadi hampir sebulan sebelum malam final. Jadi pada malam kemenangan, individu terlibat berada di rumah bersama keluarga.
“Apapun, pihak kami memuji akan tindakan Haneesya yang mempunyai keberanian dengan tampil secara profesional demi memperbetulkan keadaan. Kami tetap menyokong perjalanannya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini,” tambah Faiz.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya dalam linangan air mata.
Menyifatkan apa yang berlaku menjadikan dirinya lebih kuat dan positif, Haneesya turut meminta netizen supaya tidak menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.
“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” terang Haneesya.
Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.
Selamat maju jaya buat Haneesya dan semoga yang berlaku memberi ruang buatnya untuk terus maju dalam seni.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berikutan temannya, Coach Yin terlibat dalam kemalangan jalan raya saat menuju ke Cameron Highland pagi semalam, usahawan Nur Sajat ada meluahkan rasa sedihnya mengenai khabar duka itu.
Menerusi salah satu postingnya awal hari ini, penyanyi Makhluk Penggoda ini menitipkan pesan buat Coach Yin, sambil mengharapkan lelaki itu supaya kuat.
“Sayang kena kuat tau… Ummu sedih bila dengar sayang ex-cident pagi tadi… Sebak hati ummi syg…
“Sebab tu lah ummi cakap.. Bawa motor ini bahaya.. Motor ini tak kisah lah besar dan power mcm mana pun. Kena langgar sikit, jatuh nya sama ada teruk atau biasa.. Tetapi tetap luka syg,” tulis Sajat.
Pada masa sama, Sajat turut meminta Coach Yin supaya selepas ini membeli kereta.
“Lepas ini dengar lah cakap saya sikit.. Kita tegur sebab sayang.. Mana mana wanita pun tetap tak galakkan, teman lelaki nya bawa motor.
“Tambah2 lagi berkonvoi… Better awk beli kereta. Bukan awak tak mampu syg oii,” kongsinya.
Sementara beberapa jam lalu, Coach Yin turut memuat naik video dan foto kemalangan yang dialaminya.
Pasangan penyampai berita TV3, Asrul Nizam Kadir dan isterinya, Ezreen Aamir Hamzah bakal menimang cahaya mata pertama mereka sekitar Ogos depan.
Berita tersebut dikongsikan mereka menerusi Instagram masing-masing.
Berkongsi berita gembira tersebut dengan lebih lanjut, Asrul ketika dihubungi MH memberitahu isterinya kini sedang hamil dua bulan.
“Baru dua bulan, sebagai bakal bapa saya harap semuanya berjalan dengan lancar, tiada dugaan yang berat-berat. Semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan juga sempurna dan sihat, InsyaAllah,” katanya.
Menyifatkan zuriat cahaya mata sebagai rezeki dariNya, Asrul juga mengakui setakat ini isterinya tidak mengalami sebarang alahan teruk.
“Setakat ini, semuanya okay saja. Tidak banyak ragam cuma keadaannya yang pening itu biasalah, malah selera makannya pun tak berapa,” terangnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Asrul dan isteri masih lagi bersiaran seperti biasa menerusi stesen televisyen swasta berkenaan.
“Saya masih dengan tugas hakiki iaitu sebagai penerbit serta penyampai berita di TV3, cumanya sebagai pembaharuan, saya akan lebih kerap ke udara bersama rakan penyampai baru,” kongsi Asrul.