Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian bapa tercinta, Mohd Rashid Abbas yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Khamis.

Shahida menyifatkan bapanya itu sebagai seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang anak-anak.

“Sejujurnya saya belum kuat untuk menulis apa-apa tapi saya harus luahkan segala rasa yang ada sebagai tanda penghargaan paling agung buat ayah saya.

“Ayah terima kasih kerana telah menjadi seorang ayah yang penyayang pada anak-anak.

“Jasa ayah saya takkan pernah lupakan. Saya reda dengan pemergian ayah. Setiap hari ayah saya akan call saya. Dia akan tanya khabar semua anak-anak dia,” tulisnya.

IKLAN

Nukilan menyentuh perasaan itu dikongsikan oleh isteri kepada usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Shahida bersyukur kerana bapanya pergi dalam keadaan yang sangat baik.

“Dua hari lepas dia balik KL seorang diri tidur di rumah saya. Dia jumpa semua anak-anak dia. Rupanya petanda dia nak pergi.

IKLAN

“Alhamdulillah semua anak-anak ada hari ni dan solat jenazah pun diimamkan oleh abang saya sendiri .

“Ayah saya rebah ketika solat dalam keadaan berkopiah di kepalanya. Cantik sungguh aturan Allah. Tangan sekujur tubuh itulah yg mencari rezeki buat kami sekeluarga,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Shahida turut memanjatkan doa semoga bapanya sentiasa tenang dan rohnya dicucuri rahmat.

“Ya Allah, ampunkan dosa ayahku sepanjang usianya, gantikanlah segala lelah penatnya di dunia dengann syurga yang paling tertinggi disisiMu.

IKLAN

“Kau letak nama mereka disetiap pintu SyurgaMu. Sesungguhhnya ayahku telah mengajarkan aku soal dan ilmu agama yang cukup. Kau rahmatilah mereka seperti mana kau merahmati kehidupan para Nabi.

“Setiap titis keringatnya mencari rezeki adalah dari sumber yang halal. Selamat tinggal ayah. Tunggu Ida di sana,” akhirinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shahida sekeluarga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Seri Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI