Seperti semua sedia maklum, hubungan diantara penyanyi, Raja Syahiran bersama pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad kini bukan lagi rahsia.
Malah, baru-baru ini, Uyaina turut mendedah dia telah menerima sebentuk cincin daripada pihak keluarga Syahiran sebagai tanda merisik.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini, Syahiran dilihat telah memuat naik sebuah entri sebagai tanda aprisiasi buat wanita-wanita yang amat bermakna buat dirinya.
Selain ibunya, posting berkenaan turut ditujukan kepada Uyaina dan juga buat bakal ibu mertuanya.
Jelas penyanyi lagu It’s A Trap itu lagi, dia sejujurnya berasa sangat bertuah kerana telah dikurniakan tiga orang wanita yang menjadi tulang belakang di dalam hidupnya selama ini.
“Don’t wait for someone to bring you flowers. Plant your own garden and decorates it with your beautiful soul.
“Happy International Woman’s day to my backbone. Im lucky to have three,” tulisnya.
Sejurus selepas melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Uyaina.
“Awhh… Thank you, love,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Uyaina dan Syahiran ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
Sumber: Instagram Raja Syahiran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sering kali menjadi tetamu undangan di kebanyakkan acara jenama fesyen terkenal dunia.
Terbaru, Awal telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah majlis anjuran sebuah jenama barang kemas dan jam mewah terkenal di Rome, Italy.
Lantas, Awal turut memuat naik bebrapa gambar ketika berada di majlis tersebut di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah mengundang kecaman netizen yang dilihat tidak beberapa gemar melihat Awal mengenakan barangan kemas seperti rantai dan cincin di lima bahagian jarinya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat para lelaki tidak sepatutnya memakai barangan kemas lebih-lebih lagi yang diperbuat daripada emas.
Alahai, mungkin Awal hanya ingin mencuba sahaja dan jika dilihat di bahagian kapsyen, pengacara tersebut turut memberi tahu barangan tersebut bukanlah miliknya. So chill okay!
Sumber: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang.”
Demikian impian syarikat penerbitan, Tertib Publishing yang optimis memasang impian melakar jaya sebagai peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris.
Muncul setahun sebelum era pandemik COVID-19, syarikat berkenaan pantas mencuri perhatian dan rujukan ramai tidak kira di dalam atau luar negara.
Pengasas merangkap Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khairul Amar Razali itu berkata sehingga kini sudah 51 judul buku diterbitkan merangkumi pecahan bacaan dewasa dan kanak-kanak.
Mempunyai latar belakang bidang pendidikan dalam ijazah sarjana di Universiti Malaya dan kini bergelar pelajar DoktorFalsafah (PhD) juga di dalam bidang yang sama, antara faktor kuat yang menjelaskan kesungguhan lelaki berusia 35 tahun dari Terengganu ini melebarkan empayar syarikat.
“Membaca itu jambatan ilmu. Ia teras yang sudah sebati dalam diri kita dari kecil sampai dewasa. Itu menjadi manifestasi utama apa yang saya usahakan ini.
“Cuma saya cuba melawan arus untuk menerbitkan bacaan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, saya nak jadi penerbit bahan bacaan Islamik berbahasa Inggeris yang dicari ramai.
“Lagipun penerbitan bacaan bahasa Melayu sudah banyak di pasaran,” katanya yang sebelum ini belajar dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Kata Khairul Amar lagi, dia pada mulanya bimbang ketika pandemik menyerang, syarikatnya baru hendak bernafas.
“Ketika itu, ujian musibah ini meniup keresahan. Tapi siapa mampu menebak, permintaan bahan bacaan dikeluarkan mendapat permintaan tinggi. Daripada dua staf kini bertambah menjadi 13.
“Permintaan itu membuka ruang mengeksport buku ke luar negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
“Ia membuka pintu ruang untuk meneroka pasaran luar. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Biarlah dikukuhkan gelanggang tempatan dulu. Tapi jika ada kesempatan, cubalah sambil menyelam minum air,” katanya.
Bahan bacaan syarikat ini mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
“Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
“Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins’ Space Mission.
“Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book),” katanya.
Sempena bulan Ramadan, mereka turut menerbitkan buku edisi istimewa.
“Ia termasuklah jenama Nuh & Nuha diambil bersempena nama anak kembar saya menerusi penerbitan buku kanak-kanak seperti ‘A Remarkable Ramadan Sound Book’. Ia buku interaktif bersuara yang disokong dengan audio bacaan doa dan amalan di bulan mulia ini.
“Tak ketinggalan, Ramadan Therapy, What I Would Like For Ramadan, My Ramadan Journey Puzzle, dan banyak lagi,” katanya mengenai bahan bacaan jenama ini dijual sekitar harga mampu milik serendah RM30 hingga RM90.
“Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan,” katanya.
Tambah Khairul Amar, ada permintaan menterjemahkan buku, ‘A Juz A Day: Summary of the Qur’an’ daripada Yahya Ibrahim ke dalam bahasa Melayu.
“Kami tengah mempertimbangkannya. Malah dalam masa sama, syarikat kami juga berpengalaman menganjurkan acara langsung dengan pembabitan penceramah Muslim antarabangsa.
“Pada 16 dan 17 April ini, kami menjemput Mizi Wahid, iaitu seorang ikon Muslim dari Singapura dalam acara perkongsian ilmu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada umum,” katanya yang turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.
Sementara pembaca yang ingin memiliki bahan bacaan mereka juga boleh menghubungi pihaknya secara terus.
Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.