Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin “Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.

Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau  pasangan secara terbuka dan profesional.

“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin

IKLAN

Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan

“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.

Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.

IKLAN

“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.

“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.

“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.

IKLAN

Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin “Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin

Foto: Astro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI